Zakat Harta Perolehan (Zakat Pendapatan)
Dalil Kewajipan Berzakat
Firman Allah SWT:

-
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”
Surah Al-Baqarah | Ayat 267
Fatwa Atas Zakat Perolehan
-
Warta Kerajaan No, 1638 bertarikh 18.04.2024
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oieh seksyen 36 Enakmen Pentadbiran Agama Isiam (Perak) 2004 [Enakmen Bil. 4 tahun 2004] dan menurut subseksyen 37(7) Enakmen ini, Jawatankuasa Fatwa yang bersidang kali ke-233 padia 23 hingga 25 November 2023 bersamaan 9 hingga 11 Jamadilawal 1445H, membuat fatwa yang berikut:
- Segala hasil, pendapatan, pemerolehan atau pulangan atas balasan perkhidmatan, pendapatan bebas, pemberian dan hasil al-mustaghallat atau hasil yang seumpamanya dikategorikan sebagal harta perolehan (al-mal al-mustafad).
- Semua orang Islam yang bekerja atau memperoleh harta perolehan di dalam Negeri Perak adalah diwajibkan membayar zakat harta perolehan apabila memenuhi syarat dan rukun.
Bertarikh 8 Februari 2024
[MN.Pk.A351IST/01/7 JLD. 5 (12); PU.PK. 07/2001)Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak
Mengikut pewartaan di atas, Fatwa mengenai Zakat Atas Pendapatan (Gaji) yang disiarkan melalui Warta Kerajaan No.164 Tahun 2004 adalah dibatalkan melalui pewartaan kerajaan No.1639 bertarikh 18.04.2024.
Takrifan
Harta perolehan (Al-Mal Al-Mustafad) adalah segala hasil, pendapatan, pemerolehan atau pulangan atas balasan perkhidmatan, pendapatan bebas, pemberian dan hasil al-mustaghallat atau hasil yang seumpanya dikategorikan sebagai harta perolehan (al-mal al mustafad).
Jenis Harta Pendapatan
-
Harta Pengajian dan Upah
Harta yang diperoleh oleh seseorang daripada pekerjaan yang dilakukannya dalam bentuk gaji, elaun, bonus, tuntutan kerja lebih masa, ganjaran, pampasan, pencen dan insentif.
-
Harta Kerja Secara Bebas
Harta yang diperoleh oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain seperti:
- Perkhidmatan perundingan
- Bayaran sebagai kontraktor
- Imbuhan dari jualan takaful, saham atau hartanah dan sebagainya
- Royalti yang diterima hasil penulisan dan penerbitan, kegiatan seni dan sebagainya.
-
Harta Pemberian atau Sumbangan
Harta yang diperoleh oleh seseorang daripada pekerjaan yang dilakukannya dalam bentuk gaji, elaun, bonus, tuntutan kerja lebih masa, ganjaran, pampasan, pencen dan insentif.
-
Al-Mal Al-Mustaghallat
Harta yang diperoleh daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pendapatan melalui jualan, sewaan, atau jualan hasilnya seperti:
- Hasil sewaan bangunan, kenderaan dan peralatan
- Hasil jualan aset alih dan aset tidak alih
- Hasil jualan tanaman seperti kelapa sawit dan durian
- Hasil jualan makanan seperti susu, telur, dan madu
- Hasil jualan ternakan seperti lembu dan kambing