Skip to main content

Pengenalan

Zakat Mata Wang Kripto adalah kewajipan berzakat ke atas salah satu aset digital yang diiktiraf sebagai harta menurut perspektif syarak dan undang-undang di Malaysia yang mempunyai nilai. Ia dikategorikan harta yang diperdagangkan dan wajib dizakatkan jika memenuhi syarat yang ditetapkan

Dalil & Fatwa

Maksudnya:

“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Surah At-Taubah | Ayat 103

 FATWA :

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 4 hingga 6 Januari 2022M bersamaan 1 hingga 3 Jamadilakhir 1443H setelah meneliti memperaku keputusan dan menetapkan seperti berikut :

”Jawatankuasa Fatwa berpandangan bahawa aset digital (mata wang kripto) adalah tergolong dalam kategori U’rudh Tijarah maka segala persoalan hukum berkaitan zakat yang dikenakan zakat ke atas mata wang kripto berdasarkan platform yang telah mendapat perakuan dan pengiktirafan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau pihak kerajaan;

Jawatankuasa juga berpandangan bahawa pengiraan kadar zakat aset digital (mata wang kripto) bagi perolehan menerusi pelaburan atau perdagangan, maka hendaklah dilaksanakan pengiraan tersebut secara berasingan setelah keuntungan diperolehi;

Jawatankuasa Fatwa bersetuju untuk mengguna pakai kaedah taksiran berdasarkan :

"Nilai hujung haul (melebihi nisab) x 2.5%”


Syarat Khusus

Mata wang kripto dan platform mestilah mendapat pengiktirafan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

  • Platform
  • Coin

 

Kaedah Pengiraan Zakat

  • Nilai pasaran hujung haul ( melebihi nisab ) X 2.5%
  • Keuntungan dan kerugian telah dikira secara automatik didalam platform yang digunakan bagi sesuatu kripto.
  • Kos adalah caj pengurusan jual beli yang diletakkan oleh platform telah dikira semasa transaksi dibuat. Baki atau akaun sesuatu kripto telah dikemaskini.
  • Oleh yang demikian, pengiraan dapat dilihat dengan mudah melalui sesuatu platform tanpa pelarasan / tolakan kos kerana semua caj dan kos telah dikira.
  • Pedagang telah bersetuju didalam perjanjian bagi setiap transaski yang dibuat dikenakan caj yang ditetapkan. Kadar caj adalah berbeza di antara platform.