Info Wakaf
Pengenalan
Pewujudan Enakmen Wakaf (Perak) 2015 yang berkuatkuasa mulai 12 Februari 2016 ini adalah satu titik baru di dalam pentadbiran wakaf di Negeri Perak kerana melalui Enakmen ini, MAIPk mempunyai kuasa yang lebih jelas di dalam mentadbir harta wakaf serta pelbagai kaedah dan instrumen wakaf kini boleh dilaksanakan oleh MAIPk menurut undang- undang berkenaan.
Persidangan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak Kali Ke-193 pada 18 Disember 2015 telah bersetuju menubuhkan dana wakaf yang dinamakan sebagai "Waqaf Perak Ar-Ridzuan" serta menetapkan beberapa projek yang akandilaksanakan.
Kutipan dana Waqaf Perak Ar- Ridzuan akan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa sumbangan wakaf akan digunakan mengikut niat pewakaf untuk membiayai projek wakaf yang dipilih oleh pewakaf.
Pewujudan Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) kepada masyarakat Islam negeri Perak adalah satu bentuk penghijrahan besar MAIPk yang pasti memberi manfaat besar kepada golongan asnaf dan para muzakki di negeri ini. Keutamaan tatakelola efisien dan teratur serta berorentasi digitalisasi yang diterapkan di ZAPAR, sekaligus menyuburkan peranan institusi Islam seiring arus kontemporari. Agensi Islam perlu bergerak seiring perubahan kemajuan teknologi agar tidak terlihat tenggelam dan lapuk tanpa sebarang pembaharuan.
Teras dan Projek Wakaf Perak Al Ridzuan
-
Kebajikan Kesihatan
Wakaf Pusat Hemodialisis Wakaf ini meliputi pembinaan bangunan, penyediaan peralatan serta infrastruktur yang lengkap dan patuh syariah demi keselesaan dan kebajikan pesakit.
-
Agama untuk kesejahteraan ummah
Wakaf Surau Bergerak
Kemudahan surau mudah alih yang diubahsuai daripada bas bagi memberi ruang kepada orang ramai menunaikan solat ketika menghadiri program atau acara di kawasan terbuka seperti padang dan dataran. Inisiatif ini membantu menyediakan ruang ibadah yang selesa dan patuh syariah walau di mana jua.Program Tahsin Al-quran Warga Emas
Menyediakan kemudahan pembelajaran Al-Quran untuk warga emas secara percuma di Pusat Warga Emas (PWE) Bait Ar-Ridzuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Ia merangkumi keperluan infra, kemudahan pembelajaran dan kos tenaga pengajar dalam suasana yang selesa dan kondusif.
-
Kebajikan dan Kemaslahatan Ummah
Wakaf Mesin Layan Diri
Penyediaan mesin layan diri yang menawarkan makanan, minuman dan keperluan asas secara percuma atau bersubsidi kepada pelajar IPT yang memerlukan dan dapat membantu meringankan beban sara hidup golongan pelajar.Wakaf Rumah Transit
Pembinaan rumah penginapan sementara bagi keluarga pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital dan memberikan kemudahan tempat tinggal yang selesa dan selamat di lokasi strategik.Wakaf Pusat Perniagaan
Pembangunan pusat perniagaan di atas tanah wakaf yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi ummah serta membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada penduduk setempat.
-
Pendidikan
Wakaf Pembangunan Sekolah Agama
Pembinaan dan penaiktarafan kemudahan asas seperti asrama, makmal sains, dewan terbuka dan bilik komputer bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif.Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz
Penyediaan makmal komputer dan alat bantu mengajar bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran serta memudahkan penghafalan dan pemahaman Al-Quran.Wakaf Bangunan Kediaman Pelajar
Pembinaan asrama pelajar yang selesa di atas tanah wakaf bagi memastikan kebajikan pelajar terus terbela sepanjang tempoh pengajian.

