Skip to main content
+605-255 8755, korporat@zapar.com.my

Info Zakat

Pengenalan

Dalil Kewajipan Berzakat

Firman Allah SWT:

  • Maksudnya:


    “Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.”
    Surah al-Baqarah | Ayat 110

  • Maksudnya:

    “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.”
    Surah An-Nur | Ayat 56

  • Maksudnya:

    “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
    Surah At-Taubah | Ayat 103

  • Maksudnya:

    “Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).”
    Surah Adz-Dzaariyat | Ayat 19


Takrifan Zakat

Zakat diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud suci dan subur. Sementara dari segi syaraknya pula bererti suatu kadar harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. kepada pemiliknya untuk dikeluarkan kepada golongan yang berhak.


Syarat Wajib Zakat

  • Islam
    Pemilik harta mestilah beragama Islam kerana disyariatkan kepada orang Islam sahaja.
  • Merdeka

    Bebas dari cengkaman perhambaan. Hamba tidak ada pada masa kini tetapi dikekalkan sebagai salah satu syarat oleh para Ulama’.

  • HARTA yang Berkembang
    Pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki atau boleh diusahakan.
  • Milikan Sempurna
    Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah tanpa ada sekatan.
  • Cukup Nisab
    Kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta itu.
  • Cukup Haul
    Tempoh pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang.