Kadar Zakat Fitrah 2026M/ 1447H
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:
Maksudnya:
“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”
(Riwayat Muslim: 984)
Kadar Zakat Fitrah bagi 1447 Hijrah / 2026 Masihi

Bagi memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah, Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) menyediakan kemudahan digital yang pantas dan selamat melalui platform rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Terdapat dua kaedah bayaran zakat fitrah iaitu:
- Aplikasi MAIPk Bestari
- QR Portal MAIPk Bestari (tanpa muat turun)
1. Aplikasi MAIPk Bestari
Bayar zakat fitrah terus melalui telefon pintar anda.
Langkah-langkah Pembayaran Zakat Fitrah:
- Muat turun aplikasi MAIPk Bestari.
- Daftar akaun dan log masuk ke dalam aplikasi.
- Klik menu Zakat Fitrah.
- Tekan butang Bayar Zakat Fitrah dan borang pembayaran akan dipaparkan.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada borang tersebut.
- Teruskan proses pembayaran sehingga selesai.
- Cetak resit sebagai bukti pembayaran.
- Resit pembayaran juga akan dihantar ke emel pembayar.
2. Laman Web MAIPk Bestari
Imbas kod QR yang disediakan untuk akses terus ke halaman rasmi pembayaran Zakat Fitrah

atau klik link dibawah 👇
"Cepat, mudah dan boleh dilakukan di mana sahaja."
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Orang Islam yang wajib mengeluarkan Zakat Fitrah untuk diri, keluarga dan tanggungannya hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Mempunyai lebihan makanan atau harta daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
- Waktu Wajib - Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
- Waktu Afdal - Sebelum sembahyang Hari Raya
- Waktu Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu Makruh - Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
- Waktu Haram - Selepas terbenam matahari satu Syawal.
1. Apakah hukum membayar Zakat Fitrah?
Hukum membayar zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap Muslim yang berkemampuan.
2. Siapakah yang wajib membayar Zakat Fitrah?
Setiap Muslim yang:
- Hidup pada malam dan hari Raya Aidilfitri
- Mempunyai lebihan keperluan asas untuk diri dan tanggungan
3. Berapakah kadar Zakat Fitrah?
Kadar zakat fitrah adalah berdasarkan harga beras makanan asasi setempat dan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri. Kadar semasa boleh dirujuk di portal rasmi ZAPAR atau platform MAIPk Bestari.
4. Bilakah waktu membayar Zakat Fitrah?
Pembayaran boleh dibuat sepanjang bulan Ramadan dan selewat-lewatnya sebelum solat sunat Aidilfitri. Waktu yang paling afdal adalah sebelum solat sunat Aidilfitri.
5. Adakah sah pembayaran secara dalam talian?
Ya, pembayaran zakat fitrah secara dalam talian adalah sah selagi dibuat melalui saluran rasmi yang diluluskan dan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
6. Apakah perlu saya simpan resit pembayaran?
Ya, pembayar disarankan menyimpan resit (fizikal atau digital) sebagai bukti pembayaran dan rekod peribadi.
