Skip to main content
+605-255 8755, korporat@zapar.com.my

Zakat KWSP/LTAT

Pengenalan

Ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kurang pasti sama ada pengeluaran simpanan mereka tertakluk kepada zakat. Artikel ini memberi penerangan lengkap berkaitan zakat ke atas KWSP, syarat wajib, kaedah kiraan dan panduan bayaran.

Apa Itu Zakat KWSP?

Zakat KWSP ialah zakat yang dikenakan ke atas simpanan caruman KWSP apabila ia dikeluarkan dan cukup syarat-syarat wajib zakat. Zakat ini termasuk dalam kategori zakat harta dan dikira sebanyak 2.5% daripada jumlah yang dikeluarkan, bergantung kepada jenis pengeluaran

Hukum Zakat KWSP


Dalil Kewajipan Berzakat

Zakat diwajibkan ke atas keseluruhan amaun yang dikeluarkan pada kadar 2.5% tertakluk pada nisab tanpa menunggu haul. Jika ia telah sempurna milik tetapi tidak dikeluarkan, maka ia tertakluk zakat simpanan dan hendaklah dikeluarkan zakat setiap tempoh haul sekiranya mencapai nisab.

Pengeluaran akaun 2 bagi tujuan menampung perbelanjaan asas seperti pengeluaran perumahan, pendidikan dan kesihatan tidak dikenakan zakat ke atas pengeluaran tersebut.

Pengeluaran khas untuk memenuhi keperluan asas akibat terjejas pendapatan dengan Covid-19 tidak dikenakan zakat. Namun, setelah amaun yang dibelanjakan mempunyai lebihan, maka ia dicampur dengan simpanan yang lain nbagi menentukan nisab dan diwajibkan zakat jika mencukupi nisab.

Sekiranya kerajaan memperkenalkan apa-apa skim pengeluaran tanpa syarat pada bila-bila masadan pengeluaran dibuat untuk keperluan asas , maka amaun
pengeluaran diwajibkan sejurus wang berpindah milik kepada pencarum tertakluk nisab tanpa menunggu haul.

Jumlah Pengeluaran yang dibenarkan (setelah mengambil kira maklumat di atas) x 2.5%


Kiraan Zakat KWSP

Jumlah pengeluaran:

RM40,000 

Nisab semasa:

RM35,000 

Maka zakat:

2.5% x RM40,000 = RM1,000


Bil Perlu Bayar Zakat KWSP

Bila Perlu Bayar Zakat KWSP?

Zakat KWSP perlu ditunaikan:

Anda mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan KWSP;
Jumlah pengeluaran cukup nisab semasa (85 gram emas); dan
Amaun tersebut menjadi milik sempurna, bebas digunakan.

*Tidak perlu menunggu haul (1 tahun Hijrah) untuk membayar zakat sebaik sahaja pengeluaran berlaku.

Kaedah Bayaran Zakat KWSP

Anda boleh menunaikan zakat kwsp melalui saluran berikut:

Kaunter Zakat Perak Al Ridzuan berhampiran; atau
Secara atas talian melalui ezakat.maipk.gov.my

Bayar zakat secara online: 🔗 www.ezakat.maipk.gov.my


Soalan Lazim

Adakah semua jenis pengeluaran KWSP wajib dizakatkan?

Bergantung kepada situasi:

Wajib Zakat

  • Jika amaun pengeluaran menjadi milik sempurna
  • Cukup nisab
  • Termasuk pengeluaran umur 55, 60, pendidikan, perubatan, i-Lestari, i-Sinar, i-Citra

Tidak Wajib Zakat

  • Jika amaun dikeluarkan hanya untuk keperluan asas (hajah asassiyah) akibat terjejas pendapatan (contoh: Skim Pengeluaran Khas 2022 COVID-19)
  • Dan tidak melebihi keperluan sebenar
Adakah perlu membayar zakat ke atas pengeluaran KWSP yang digunakan untuk bayar hutang atau beli rumah?

Ya. Jika wang KWSP telah dikeluarkan dan menjadi milik sempurna walaupun sekejap, zakat tetap wajib dikenakan sekiranya cukup nisab. Tujuan penggunaan (seperti bayar hutang) tidak menggugurkan kewajipan zakat.

Jika saya keluarkan RM5,000, adakah perlu bayar zakat?

Tidak wajib jika jumlah itu belum mencapai nilai nisab semasa. Namun, sekiranya anda mempunyai pendapatan atau harta lain yang dikira bersama, maka zakat boleh dikenakan secara keseluruhan.

Adakah semua jenis pengeluaran KWSP wajib zakat?

Bergantung kepada situasi:

✅ Wajib Zakat :
Jika amaun pengeluaran menjadi milik sempurna
Cukup nisab
Termasuk pengeluaran umur 55, 60, pendidikan, perubatan, i-Lestari, i-Sinar, i-Citra

❌ Tidak Wajib Zakat :
Jika amaun dikeluarkan hanya untuk keperluan asas (hajah asassiyah) akibat terjejas pendapatan (contoh: Skim Pengeluaran Khas 2022 COVID-19).
Dan tidak melebihi keperluan sebenar

👉 Jika baki pengeluaran melebihi keperluan asas, lebihan itu WAJIB dizakatkan sekiranya cukup nisab.

Apa hukum pengeluaran khas KWSP 2022 (akibat COVID-19)?

Jika dikeluarkan semata-mata untuk keperluan asas, tidak wajib zakat.
Jika terdapat lebihan, atau disimpan bersama wang lain hingga cukup nisab, maka wajib zakat ke atas lebihan itu

Adakah zakat dikenakan atas jumlah kasar atau bersih?

Zakat dikenakan atas jumlah kasar pengeluaran, bukan selepas ditolak apa-apa potongan.


Penutup

Simpanan KWSP adalah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan Allah. Jangan lupa menunaikan zakatnya apabila cukup syarat. Ia bukan sekadar kewajipan, malah tanda syukur atas nikmat rezeki.

Bantuan lanjut & pertanyaan: