Skip to main content
+605-255 8755, korporat@zapar.com.my

Zakat Emas dan Perak

Pengenalan

Emas merupakan aset bernilai yang sering dijadikan simpanan atau perhiasan, khususnya dalam kalangan masyarakat kita. Namun, ramai masih belum jelas tentang kewajipan zakat ke atas emas, termasuk syarat, kadar dan kaedah bayaran yang betul.
Artikel ini disediakan untuk membantu anda memahami secara menyeluruh mengenai zakat emas, disertakan video penerangan ringkas, contoh kiraan dan langkah mudah untuk menunaikannya.

Apa Itu Zakat Emas?

Zakat emas ialah kewajipan menunaikan zakat ke atas emas yang dimiliki apabila cukup syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh syarak. Ia termasuk emas perhiasan dan simpanan.

Syarat Wajib Zakat Emas

  • Cukup nisab

    berat emas melebihi 85 gram

  • Cukup haul

    disimpan selama satu tahun hijrah.

  • Milik penuh

    pemilikan sepenuhnya tanpa sekatan.


Dalil Pensyariatan

Maksudnya:

“Tidak ada zakat jika emas kurang dari 20 mitsqal dan tidak ada zakat jika kurang dari 200 dirham”
(HR al-Daruquthni)

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya:

“Tidaklah ada kewajiban zakat pada wang perak yang kurang dari lima auqiyah”
(HR al-Bukhari)

Nisab/ Uruf Emas & Perak

Emas Simpanan:

85 gram

Emas Dipakai:

Uruf : 500 gram

Perak

Uruf : 595 gram


Kaedah Pengiraan Zakat

Emas Simpanan

Berat Emas x Harga Nisab Emas (per gram) x 2.5%

Emas Dipakai

Berat Emas – Berat Uruf (500 gram) x Harga Nisab Emas (per gram) x 2.5%

*Berat emas yang dipakai atau digunakan mengambil kira pemakaian sekali sekala/ berterusan

Perak

Berat Perak x Harga Perak (segram) x 2.5%


Jumlah emas yang disimpan

100 gram

Harga semasa:

RM400/gram

Nilai keseluruhan:

RM40,000

Zakat (2.5%)

RM1,000


Kaedah Bayaran Zakat Emas

Anda boleh menunaikan zakat emas melalui saluran berikut:


Soalan Lazim

Siapa yang wajib membayar zakat emas?

Setiap individu Muslim yang memiliki emas dan memenuhi syarat-syarat wajib zakat seperti cukup nisab (85 gram) dan disimpan selama setahun (haul), serta pemilikan penuh.

Adakah semua jenis emas dikenakan zakat?

Tidak. Emas yang dipakai sebagai perhiasan harian tidak dikenakan zakat sekiranya tidak melebihi uruf (kadar kebiasaan setempat). Namun, emas yang disimpan wajib dizakatkan apabila cukup nisab dan haul.

Adakah emas hadiah perkahwinan perlu dizakatkan?

Jika ia digunakan sebagai perhiasan dan tidak melebihi uruf, tidak wajib dizakatkan. Jika melebihi uruf, ia dikenakan zakat.

Nilai zakat dikira berdasarkan harga beli atau harga semasa?

Zakat dikira berdasarkan harga semasa emas.

Perlu zakat jika gadai emas di Ar-Rahnu?

Sekiranya emas digadai dan tidak boleh diambil semula atau dimiliki sepenuhnya, maka ia tidak memenuhi syarat milik sempurna dan tidak wajib dizakatkan. Namun, jika gadaian boleh ditebus bila-bila masa, zakat tetap dikenakan.


Penutup

Zakat emas bukan sekadar kewajipan individu, tetapi ia juga merupakan hak golongan yang memerlukan. Menunaikan zakat bukan sahaja membersihkan harta, malah menjadikannya lebih diberkati.

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, pasukan kami sedia membantu melalui WhatsApp: