Skip to main content
+605-255 8755, korporat@zapar.com.my

Mengenai ZAPAR

Sejarah Penubuhan

Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) telah diperkenankan pewujudannya oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Persidangan MAIPk kali ke – 227 Bil. 1/2024 pada 30 Jamadilakhir 1445H bersamaan 12 Januari 2024 memperakukan dan mengambil langkah untuk menjalankan proses dan gerak kerja penubuhan syarikat kutipan ini. Zakat Perak Al Ridzuan telah membuktikan peningkatan prestasi kutipan dengan sangat ketara iaitu mencapai 11 peratus lebihan berjumlah RM 25.2 juta berbanding sasaran tahun 2024.

Faktor yang menyumbangkan kepada peningkatan kutipan zakat ini adalah terdorang daripada 3 perkara utama iaitu :-

  • Pengurusan Strategik
    Keberkesanan tadbir urus berdasarkan penelitian serta keberhasilan sesuatu keputusan yang cekap dan tepat.
  • Pembudayaan Gerak Kerja Korporat
    Warga kerja yang berprestasi tinggi dengan pembudayaan amalan kerja korporat.
  • Digitalisasi
    Permodenan perkhidmatan secara digital memudahkan proses kerja serta mengurangkan karenah birokrasi.

Pewujudan Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) kepada masyarakat Islam negeri Perak adalah satu bentuk penghijrahan besar MAIPk yang pasti memberi manfaat besar kepada golongan asnaf dan para muzakki di negeri ini. Keutamaan tatakelola efisien dan teratur serta berorentasi digitalisasi yang diterapkan di ZAPAR, sekaligus menyuburkan peranan institusi Islam seiring arus kontemporari. Agensi Islam perlu bergerak seiring perubahan kemajuan teknologi agar tidak terlihat tenggelam dan lapuk tanpa sebarang pembaharuan.


Visi

  • Menjadi Sebuah Pusat Kutipan Zakat yang professional dan cekap dalam meningkatkan kutipan zakat di Negeri Perak Darul Ridzuan
    Authentic Japanese Ramen with grilled Pork or Vegeterian

Misi

  • Mengukuhkan tadbir urus dan meningkatkan keterlihatan untuk menjadi pusat kutipan zakat yang dipercayai.
  • Melaksanakan kaedah kutipan yang cekap dan mesra pengguna.
  • Meningkatkan jalinan kerjasama dan kolaborasi dengan pihak berkaitan bagi memaksimumkan keberkesanan kutipan zakat.

Elemen Payung Syarikat

Tiga titik melambangkan entiti yang bernaung dibawah payung pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Ia juga manifestasi kepada tiga tonggak pemerintahan beraja di negeri Perak Darul Ridzuan iaitu Sultan, Raja Muda dan Raja Di-Hilir

Elemen Penerapan nilai-nilai murni Islam

Elemen Bunga Padi melambangkan kemakmuran negeri dan MAIPk serta Zakat Perak Al Ridzuan yang Progresif serta dinamik dalam memelihara kesejahteraan ummah berlandaskan prinsip maqasid syariah

Elemen Warga Kerja

Bulan sabit simbolik kepada komitmen warga kerja Zakat Perak Al Ridzuan agar sentiasa mendokong dan bersedia melakukan transformasi yang releven mengikut arus perubahan semasa

Elemen Pemilikan Syarikat

Rekaan mengikut logo Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak(MAIPl)dengan maksud membawa identiti syarikat milikan penuh MAIPk

Jenis Khat: Khat Kufi

Perkataan khat jawi dimasukkan bagi melambangkan iltizam Zakat Perak Al Ridzuan untuk terus memartabatkan agama Islam, adat melayu dan melestarikan rukun zakat


Tema Warna

  • Putih membawa maksud kesucian, integriti dan akauntabiliti syarikat
  • Kuning melambangksan innovasi dan Produktiviti dalam mendorong transformasi penyampaian sejajar dengan arus perkembangan zaman.
  • Hitam membawa maksud keteguhan iaitu berdaya maju dan berdaya saing yang berterusan dalam merelisasi visi dan misi syarikat