SOALAN LAZIM
Zakat Fitrah
- Apakah hukum membayar Zakat Fitrah?
Hukum membayar zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap Muslim yang berkemampuan. - Siapakah yang wajib membayar Zakat Fitrah?
Setiap Muslim yang:
👉🏻Hidup pada malam dan hari Raya Aidilfitri
👉🏻Mempunyai lebihan keperluan asas untuk diri dan tanggungan - Berapakah kadar Zakat Fitrah?
Kadar zakat fitrah adalah berdasarkan harga beras makanan asasi setempat dan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri. Kadar semasa boleh dirujuk di portal rasmi ZAPAR atau platform MAIPk Bestari. - Bilakah waktu membayar Zakat Fitrah?
Pembayaran boleh dibuat sepanjang bulan Ramadan dan selewat-lewatnya sebelum solat sunat Aidilfitri. Waktu yang paling afdal adalah sebelum solat sunat Aidilfitri. - Adakah sah pembayaran secara dalam talian?
Ya, pembayaran zakat fitrah secara dalam talian adalah sah selagi dibuat melalui saluran rasmi yang diluluskan dan dalam tempoh waktu yang ditetapkan. - 6. Apakah perlu saya simpan resit pembayaran?
Ya, pembayar disarankan menyimpan resit (fizikal atau digital) sebagai bukti pembayaran dan rekod peribadi.
Zakat Emas & Perak
- Siapa yang wajib membayar zakat emas?
Setiap individu Muslim yang memiliki emas dan memenuhi syarat-syarat wajib zakat seperti cukup nisab (85 gram) dan disimpan selama setahun (haul), serta pemilikan penuh. - Adakah semua jenis emas dikenakan zakat?
Tidak. Emas yang dipakai sebagai perhiasan harian tidak dikenakan zakat sekiranya tidak melebihi uruf (kadar kebiasaan setempat). Namun, emas yang disimpan wajib dizakatkan apabila cukup nisab dan haul. - Adakah emas hadiah perkahwinan perlu dizakatkan?
Jika ia digunakan sebagai perhiasan dan tidak melebihi uruf, tidak wajib dizakatkan. Jika melebihi uruf, ia dikenakan zakat. - Nilai zakat dikira berdasarkan harga beli atau harga semasa?
Zakat dikira berdasarkan harga semasa emas. - Perlu zakat jika gadai emas di Ar-Rahnu?
Sekiranya emas digadai dan tidak boleh diambil semula atau dimiliki sepenuhnya, maka ia tidak memenuhi syarat milik sempurna dan tidak wajib dizakatkan. Namun, jika gadaian boleh ditebus bila-bila masa, zakat tetap dikenakan.
Zakat KWSP
- Adakah semua jenis pengeluaran KWSP wajib dizakatkan?
Bergantung kepada situasi:
Wajib Zakat
- Jika amaun pengeluaran menjadi milik sempurna
- Cukup nisab
- Termasuk pengeluaran umur 55, 60, pendidikan, perubatan, i-Lestari, i-Sinar, i-Citra
Tidak Wajib Zakat
- Jika amaun dikeluarkan hanya untuk keperluan asas (hajah asassiyah) akibat terjejas pendapatan (contoh: Skim Pengeluaran Khas 2022 COVID-19)
- Dan tidak melebihi keperluan sebenar
- Adakah perlu membayar zakat ke atas pengeluaran KWSP yang digunakan untuk bayar hutang atau beli rumah?
Tidak wajib jika jumlah itu belum mencapai nilai nisab semasa. Namun, sekiranya anda mempunyai pendapatan atau harta lain yang dikira bersama, maka zakat boleh dikenakan secara keseluruhan. - Jika saya keluarkan RM5,000, adakah perlu bayar zakat?
Ya. Jika wang KWSP telah dikeluarkan dan menjadi milik sempurna walaupun sekejap, zakat tetap wajib dikenakan sekiranya cukup nisab. Tujuan penggunaan (seperti bayar hutang) tidak menggugurkan kewajipan zakat.
- Adakah semua jenis pengeluaran KWSP wajib zakat?
Bergantung kepada situasi:
✅ Wajib Zakat :
Jika amaun pengeluaran menjadi milik sempurna
Cukup nisab
Termasuk pengeluaran umur 55, 60, pendidikan, perubatan, i-Lestari, i-Sinar, i-Citra❌ Tidak Wajib Zakat :
Jika amaun dikeluarkan hanya untuk keperluan asas (hajah asassiyah) akibat terjejas pendapatan (contoh: Skim Pengeluaran Khas 2022 COVID-19).
Dan tidak melebihi keperluan sebenar👉 Jika baki pengeluaran melebihi keperluan asas, lebihan itu WAJIB dizakatkan sekiranya cukup nisab.
-
Apa hukum pengeluaran khas KWSP 2022 (akibat COVID-19)?
Jika dikeluarkan semata-mata untuk keperluan asas, tidak wajib zakat.
Jika terdapat lebihan, atau disimpan bersama wang lain hingga cukup nisab, maka wajib zakat ke atas lebihan itu. - Adakah zakat dikenakan atas jumlah kasar atau bersih?
Zakat dikenakan atas jumlah kasar pengeluaran, bukan selepas ditolak apa-apa potongan.
