Skip to main content
+605-255 8755, korporat@zapar.com.my

Zakat Perniagaan

Dalil Kewajipan Berzakat

Dari Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

"Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negeri Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah, dan tidak diwajibkan zakat dalam sesuatu harta kecuali genap setahun."

Maksudnya:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
Surah Al-Nur | Ayat 37

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya:

“Dari Samurah bin Jundab r.a: berkata: “Maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkan kami untuk mengeluarkan sedekah dari barang yang kami sediakan untuk perniagaan”
(HR Abu Daud)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Surah Al-Nur | Ayat 37

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA menetapkan baginya apa yang difardhukan oleh Rasulullah SAW: Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur oleh dua orang, maka keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar atau bahagian masing-masing).
HR Bukhari


Takrifan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan ke atas semua bentuk perniagaan sama ada persendirian,
perkongsian, syarikat, koperasi, perniagaan saham dan sebagainya yang mempunyai milikan muslim.


Kaedah Pengiraan zakat

Kaedah pengiraan Zakat Perniagaan terbahagi kepada 3:

Kaedah Modal Kerja

Pengiraan zakat perniagaan mengikut kaedah modal kerja adalah berdasarkan kedudukan Harta Perniagaan (Modal Kerja) pada akhir haul.

[A-B] ± C x D x 2.5% = JUMLAH ZAKAT (RM)

Nota : Pelarasan bermaksud penolakan aset semasa yang tidak dikenakan zakat dan penambahan liabiliti semasa yang dikenakan zakat

Kaedah Modal Berkembang

Pengiraan zakat perniagaan mengikut kaedah modal berkembang tidak dipersembahkan kerana bersifat komprehensif. Contoh Institusi Kewangan, Perbankan Islam dan Syarikat Takaful. Pengiraan dibuat berdasarkan asas-asas berikut:

  1. Melihat kepada struktur dana
  2. Tiada pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa
  3. Penentuan ke atas pemilikan saham

Kaedah Tanpa Kunci Kira-kira

Pengiraan zakat perniagaan mengikut kaedah tanpa kunci kira-kira mengambil kira jumlah semua hasil/ jualan/ perolehan setahun dan ditolak segala belanja/ kos yang ditanggung setahun. Bakinya dikenakan zakat pada kadar 2.5% (bersamaan @ melebihi paras nisab).

[A-B] x 2.5% = JUMLAH ZAKAT (RM)