SKIM POTONGAN ZAKAT BULANAN
๐ผ Potongan Zakat Bulanan Kini Lebih Mudah!
Ingin menunaikan zakat pendapatan secara bulanan? Kini anda boleh berbuat demikian dengan lebih mudah melalui Borang Potongan Zakat Bulanan (PZB) secara dalam talian.
Ikuti Langkah Berikut
Akses Borang
Tekan butang Start Now pada Borang Skim Potongan Zakat Bulanan
Lengkapkan Maklumat Diri
Isikan maklumat peribadi dan maklumat majikan dengan lengkap dan tepat.
Pilih Kadar Potongan
Tentukan jumlah zakat yang ingin dipotong secara bulanan daripada pendapatan anda.
Hantar Borang
Klik Submit untuk menghantar borang secara automatik kepada pihak Zakat Perak Al Ridzuan.
Selepas Isi Borang, Apa Yang Anda Dapat?
Pastikan Anda Terima Emel Pengesahan
Anda akan menerima pengesahan melalui alamat emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.
Surat Notis Potongan Gaji
Majikan akan menerima surat notis potongan gaji dan anda juga akan menerima salinan surat notis potongan gaji daripada pihak Zakat Perak Al Ridzuan.
Semak Penyata Gaji Bulanan
Periksa penyata gaji anda bagi memastikan potongan zakat telah mula dibuat. Semakan boleh dibuat pada bulan ketiga dari tarikh permohonan.
Kemas Kini Bila-Bila Masa
Anda boleh menambah kadar potongan pada bila-bila masa melalui pautan yang disediakan dalam emel anda.
Tunaikan Zakat Anda dengan Mudah!
Setiap ringgit yang anda salurkan menjadi bekalan amal jariah yang berterusan. Mulakan potongan zakat bulanan anda hari ini โ mudah, automatik & diberkati.
Sedia untuk Mengisi Borang?
Tekan butang Start Now untuk mula mengisi Borang Skim Potongan Zakat Bulanan.
