Sertai Kempen Wakaf@Zakat Perak Al Ridzuan
Tempoh Kempen
Kempen ini bermula pada 01 Disember 2025 jam 12.00 tengah malam (00:00 MYT) dan akan tamat pada 31 Disember 2025 jam 11.59 malam (23:59 MYT) (“Tempoh Kempen”). Sebarang penyertaan yang diterima selepas jam 11.59 malam (23:59 MYT) pada 31 Disember 2025 tidak akan diambil kira bagi kempen ini.
Kelayakan
- Kempen ini terbuka kepada individu yang berwakaf mana-mana projek wakaf melalui mana-mana medium bayaran yang disediakan oleh ZAPAR sepanjang tempoh kempen.
- Peserta perlu membuat bayaran wakaf minimum RM30.00 bagi melayakkan diri untuk penyertaan.
- Setiap peserta yang layak boleh menyertai lebih daripada satu (1) penyertaan sepanjang tempoh kempen.
Cara Penyertaan
Cara Sertai? Mudah sahaja!
- Berwakaf secara online atau di mana-mana kaunter Zakat Perak Al Ridzuan.
- Hantar salinan resit bayaran beserta butiran diri melalui emel di
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. . - Penyertaan anda akan disahkan melalui saluran komunikasi yang didaftarkan.
Pemilihan Pemenang
- Pemenang dipilih melalui cabutan rawak dari peserta yang sah.
- Setiap peserta boleh menyertai lebih daripada satu penyertaan sepanjang kempen.
- Hadiah akan diserahkan dalam 30 hari bekerja selepas pengumuman pemenang.
Jadikan rezeki lebih bermakna, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk ummah dengan pelbagai projek di bawah program Wakaf Perak Al Ridzuan.
Hadiah
Pemenang hadiah akan menerima Gold Bar 0.25 gram edisi terhad Teduh Rezeki.
Terma & Syarat
- Kempen ini terbuka kepada semua individu yang berwakaf, termasuk kakitangan ZAPAR dalam tempoh kempen.
- ZAPAR tidak bertanggungjawab terhadap penyertaan yang gagal diterima akibat isu teknikal, gangguan internet, atau kesilapan data.
- KLIK DISINI untuk melihat terma dan syarat penuh Kempen Wakaf@Zakat Perak Al Ridzuan #Wakaf@ZakatPerakAlRidzuan!
Soalan Lazim
Kempen ini adalah inisiatif ZAPAR untuk menggalakkan orang ramai menyumbang wakaf minimum RM30 bagi menyokong projek pembangunan ummah. Setiap sumbangan wakaf membantu memberi manfaat berterusan kepada masyarakat yang memerlukan.
Bermula pada 01 Disember 2025 jam 12.00 tengah malam (00:00 MYT) dan akan tamat pada 31 Disember 2025 jam 11.59 malam (23:59 MYT) (“Tempoh Kempen”).
Semua individu yang berwakaf minimum RM30 melalui saluran rasmi ZAPAR sepanjang tempoh kempen.
Hantar salinan resit bayaran beserta butiran diri melalui emel di
Setiap peserta dibenarkan menghantar lebih satu (1) penyertaan sepanjang tempoh kempen.
Pemenang akan menerima Gold Bar 0.25 gram edisi terhad “Teduh Rezeki”.
Tidak, hadiah tidak boleh dipindah milik, ditebus, atau ditukar dengan wang/barangan lain. ZAPAR berhak menukar hadiah dengan nilai setara jika perlu.
Melalui cabutan rawak daripada peserta yang sah dan lengkap mengikuti semua syarat penyertaan.
Pemenang diumumkan selepas tarikh tamat kempen, dan hadiah akan diserahkan atau dihantar dalam tempoh 30 hari bekerja.
Sekiranya pemenang gagal dihubungi, tidak menuntut hadiah, atau hilang kelayakan, ZAPAR berhak memberikan hadiah kepada peserta lain yang layak.
Tidak. Hadiah diberikan “seadanya”, sebarang kos lain seperti pengangkutan, perjalanan atau penghantaran adalah tanggungjawab peserta sendiri.
Tidak, semua hadiah akan diagihkan mengikut proses dan kaedah terimaan yang ditetapkan oleh ZAPAR. Pemenang akan dihubungi, dan hadiah akan diserahkan mengikut kesesuaian yang ditentukan oleh ZAPAR.
a) Talian rasmi: 011-6748 9000/019-229 4780
b) E-mel rasmi:
