Sertai Kempen Jom Zakat Seratus Kami!
Kempen Jom Zakat Seratus Kami!
📢 Ia lebih bermakna apabila dizakatkan
Rezeki bukan sekadar angka dalam slip gaji. Ia menjadi lebih bermakna apabila dizakatkan. Setiap ringgit yang dizakatkan bukan sahaja membersihkan harta, tetapi turut menjadi sumber berkat dan keberkatan dalam hidup.
✨ Saat memberi, Allah menambah nikmat kepada kita.
✨ Saat berkongsi, hadir teduhan, senyuman, dan harapan buat mereka yang memerlukan.
Dengan satu langkah mudah, anda bukan sahaja menunaikan tanggungjawab, tetapi juga berpeluang:
💰Memenangi hadiah bulanan, tambah nilai Touch ‘n Go eWallet
🎁Memenangi hadiah utama, peralatan elektrik menarik
Jadikan setiap hari gaji lebih bermakna, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk mereka yang bergelut dalam ujian.
Tempoh Kempen
Kempen ini bermula pada 01 November 2025 jam 12.00 tengah malam (00:00 MYT) dan akan tamat pada 31 Disember 2025 jam 11.59 malam (23:59 MYT) (“Tempoh Kempen”). Sebarang penyertaan yang diterima selepas jam 11.59 malam (23:59 MYT) pada 31 Disember 2025 tidak akan diambil kira bagi kempen ini.
Kelayakan
- Kempen ini terbuka kepada individu yang menunaikan zakat pendapatan termasuk kakitangan ZAPAR yang mula mendaftar dan menambah pembayaran zakat ke ZAPAR melalui kaedah borang digital pada tempoh kempen dilaksanakan.
- Peserta hendaklah membuat penambahan atau pendaftaran baharu dengan jumlah potongan sekurang-kurangnya RM100.00 bagi melayakkan penyertaan.
- Setiap peserta yang melengkapkan borang digital perlu mendapatkan pengesahan majikan(hanya cop terimaan pada salinan borang pengesahan skim potongan zakat bulanan). Peserta hendaklah menghantar salinan borang tersebut kepada pihak ZAPAR melalui e-mel kepada
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. bagi tujuan pengesahan penyertaan. - Setiap peserta hanya layak untuk satu penyertaan sahaja bagi keseluruhan tempoh kempen.
Cara Penyertaan
Peserta perlu melengkapkan semua langkah berikut bagi melayakkan diri menyertai Kempen:
1. Imbas Kod QR yang tertera pada poster kempen atau terus layari pautan borang skim potongan zakat bulanan digital berikut:
Borang Skim Potongan Zakat Bulanan Digital
2. Isi maklumat peribadi lengkap melalui borang digital ang disediakan.
3. Buat potongan gaji zakat pendapatan dengan jumlah minimum seperti berikut:
- Pembayar Baharu: Potongan baharu minimum RM100; atau
- Pembayar Sedia Ada: Penambahan potongan sekurang-kurangnya RM100 daripada jumlah sedia ada.
4. Hantar borang digital yang telah lengkap diisi dan semak e-mel yang didaftarkan untuk menerima pengesahan serta langkah seterusnya.
Pengesahan dan Tindakan Susulan
Peserta yang telah melengkapkan pengisian borang digital dan menghantar permohonan potongan gaji zakat akan menerima maklum balas rasmi daripada ZAPAR seperti berikut:
- Peserta akan menerima e-mel pertama sebagai pengesahan bahawa permohonan potongan gaji zakat telah diterima dan diproses oleh ZAPAR.
- Peserta akan menerima e-mel kedua “Untuk Perhatian Majikan”, yang mengandungi makluman potongan gaji zakat bulanan serta salinan borang potongan gaji zakat bulanan untuk dipanjangkan kepada majikan bagi tujuan proses potongan gaji zakat dalam sistem gaji majikan.
- Sebarang penyertaan yang tidak melengkapkan semua langkah seperti yang dinyatakan akan dianggap tidak sah dan tidak layak untuk cabutan hadiah
Nota Makluman
- Peserta disarankan untuk menyemak penyata gaji bulanan bagi memastikan potongan zakat telah mula dilaksanakan. Semakan boleh dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh peserta menyerahkan makluman potongan gaji zakat kepada majikan.
- Peserta boleh mengulangi proses permohonan potongan gaji zakat melalui pautan borang digital yang sama sekiranya berhasrat untuk membuat potongan baharu atau menambah kadar potongan sedia ada pada bila-bila masa.
.
Hadiah
Hadiah bagi Kempen ini terbahagi kepada dua kategori:
1. Hadiah Bulanan
Sepanjang tempoh kempen, setiap bulan pemenang berpeluang memenangi tambah nilai Touch ‘n Go eWallet seperti berikut:
|
Kategori |
Hadiah Bulanan |
|
Tempat Pertama |
RM200.00 x 1 orang |
|
Tempat Kedua |
RM150.00 x 1 orang |
|
Tempat Ketiga |
RM100.00 x 3 orang |
|
Tempat keenam – Kesepuluh |
RM50.00 x 5 orang |
2. Hadiah Utama
Pemenang hadiah utama akan memenangi peralatan seperti berikut:
|
Kategori |
Hadiah Utama |
Bilangan Pemenang |
|
Tempat Pertama |
Honor Tablet Pad V9 |
1 orang |
|
Tempat Kedua |
Xiaomi TV A PRO 55” 2026 |
1 orang |
|
Tempat Ketiga |
Xiaomi Robot Vaccum H40 |
1 orang |
|
Tempat Keempat |
Honor Earbuds Open Polar Gold |
1 orang |
|
Tempat Kelima |
Xiaomi Outdoor Security CCTV |
1 orang |
|
Tempat keenam – Kesepuluh |
Xiaomi Bluetooth Speaker Mini |
5 orang |
Terma & Syarat
- Kempen ini terbuka kepada semua individu yang menunaikan zakat pendapatan, termasuk kakitangan ZAPAR yang mendaftar atau menambah pembayaran zakat melalui borang digital dalam tempoh kempen.
- ZAPAR tidak bertanggungjawab terhadap penyertaan yang gagal diterima akibat isu teknikal, gangguan internet, atau kesilapan data.
- KLIK DISINI untuk melihat terma dan syarat penuh Kempen Jom Zakat Seratus #JomZakatSeratus!
- Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh ZAPAR.
Soalan Lazim
|
Bil. |
Soalan |
Jawapan |
|
1. |
Apakah Kempen Jom Zakat Seratus? |
Satu kempen zakat pendapatan melalui potongan gaji dengan peluang memenangi hadiah bulanan dan utama. Tujuannya adalah menunaikan zakat dengan mudah dan menyebarkan keberkatan kepada mereka yang memerlukan.
|
|
2. |
Siapakah yang layak menyertai? |
a) Terbuka kepada individu yang menunaikan zakat pendapatan melalui ZAPAR. b) Termasuk kakitangan ZAPAR yang mendaftar atau menambah potongan zakat dalam tempoh kempen.
|
|
3. |
Siapakah yang tidak layak menyertai? |
a) Peserta yang tidak membuat potongan zakat minimum RM100. b) Penyertaan tidak lengkap atau tidak menghantar pengesahan majikan.
|
|
4. |
Bila tempoh kempen? |
Bermula pada 01 November 2025 jam 12.00 tengah malam (00:00 MYT) dan akan tamat pada 31 Disember 2025 jam 11.59 malam (23:59 MYT) (“Tempoh Kempen”).
|
|
5. |
Bagaimana cara menyertai? |
a) Imbas Kod QR atau layari https://bit.ly/kempenzakat100 b) Isi maklumat peribadi lengkap melalui borang digital yang disediakan. c) Buat potongan gaji zakat pendapatan dengan jumlah minimum seperti berikut: (i) Pembayar Baharu: Potongan baharu minimum RM100. (ii) Pembayar Sedia Ada: Penambahan potongan sekurang-kurangnya RM100 daripada jumlah sedia ada. d) Hantar borang digital yang telah lengkap diisi dan semak e-mel yang didaftarkan untuk menerima pengesahan serta langkah seterusnya. e) Hantar pengesahan majikan ((hanya cop terimaan pada salinan borang pengesahan skim potongan zakat bulanan) melalui e-mel ke |
|
6. |
Adakah saya perlu mengemukakan pengesahan majikan untuk menyertai kempen ini? |
Ya, pengesahan majikan diperlukan bagi membuktikan potongan zakat bulanan telah dibuat dan perlu dihantar melalui e-mel ke
|
|
7. |
Di mana saya boleh membuat potongan zakat pendapatan? |
Permohonan potongan zakat boleh dibuat melalui imbas kod QR atau layari https://bit.ly/kempenzakat100.
|
|
8. |
Bolehkah saya menyertai kempen menggunakan borang fizikal/manual? |
Tidak, penyertaan hanya sah melalui borang digital rasmi yang disediakan di pautan https://bit.ly/kempenzakat100. Semua langkah penyertaan, termasuk penghantaran pengesahan majikan perlu dilakukan secara digital untuk layak cabutan hadiah. |
|
9. |
Berapakah minima bayaran zakat yang diperlukan untuk menyertai kempen ini? |
a) Pembayar Baharu: Minimum RM100 untuk pendaftaran potongan zakat baharu. b) Pembayar Sedia Ada: Penambahan minimum RM100 daripada potongan sedia ada.
|
|
10. |
Berapa banyak penyertaan dibenarkan? |
Setiap peserta hanya layak satu penyertaan sepanjang tempoh kempen.
|
|
11. |
Adakah saya berpeluang menang lebih daripada satu hadiah dalam Kempen Jom Zakat Seratus? |
Setiap peserta layak untuk menyertai dua cabutan, iaitu hadiah bulanan dan hadiah utama tertakluk kepada syarat kelayakan. Pemenang bagi setiap cabutan akan dipilih secara berasingan dan akan dihubungi oleh ZAPAR untuk pengesahan sebelum penyampaian hadiah.
|
|
12. |
Apakah bentuk hadiah bagi kempen ini? |
Hadiah bagi Kempen Jom Zakat Seratus terbahagi kepada dua kategori: Hadiah Bulanan: Tambah nilai Touch ‘n Go eWallet Hadiah Utama: Peralatan elektrik
|
|
13. |
Bagaimana pemenang dipilih? |
Melalui cabutan rawak daripada peserta yang sah dan lengkap mengikuti semua syarat penyertaan.
|
|
14. |
Bolehkah saya menukar hadiah atau menerima hadiah lain? |
Tidak, hadiah tidak boleh dipindah milik, ditebus, atau ditukar dengan wang/barangan lain. ZAPAR berhak menukar hadiah dengan nilai setara jika perlu.
|
|
15. |
Adakah saya perlu membayar cukai hadiah sekiranya ada keperluan?
|
Ya, sebarang liabiliti cukai atau pemfailan berkaitan hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya. ZAPAR tidak akan menanggung sebarang cukai yang timbul daripada penerimaan atau penggunaan hadiah. Pemenang digalakkan mendapatkan nasihat cukai profesional sekiranya perlu.
|
|
16. |
Adakah saya boleh memilih tarikh atau cara terimaan hadiah? |
Tidak, semua hadiah akan diagihkan mengikut proses dan kaedah terimaan yang ditetapkan oleh ZAPAR. Pemenang akan dihubungi, dan hadiah akan diserahkan atau dihantar mengikut kesesuaian yang ditentukan oleh ZAPAR.
|
|
17. |
Bagaimana dengan penghantaran hadiah? |
Semua hadiah diberikan “seadanya” (“as is”) dan tidak termasuk kos penghantaran atau pengangkutan, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam terma dan syarat. ZAPAR tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbezaan nilai hadiah akibat perubahan harga pasaran semasa penerimaan atau penebusan.
|
|
18. |
Bolehkah saya membuat potongan zakat atau penambahan selepas menyertai Kempen Jom Zakat Seratus? |
Ya, peserta bebas untuk membuat potongan baharu atau menambah kadar sedia ada pada bila-bila masa, walaupun selepas tempoh kempen berakhir. Penyertaan kempen hanya untuk potongan yang dibuat dalam tempoh kempen bagi tujuan cabutan hadiah; sebarang potongan tambahan selepas itu tetap sah sebagai zakat dan tidak terikat dengan kempen.
|
|
19. |
Apakah yang berlaku jika peserta gagal dihubungi? |
Jika peserta gagal dihubungi dalam tempoh yang ditetapkan, kemenangan akan dibatalkan dan hadiah boleh diberikan kepada peserta lain yang layak mengikut budi bicara ZAPAR.
|
|
20 |
Bagaimana saya boleh menyemak potongan zakat telah berjaya dilaksanakan? |
Peserta disarankan untuk menyemak penyata gaji bulanan masing-masing bagi memastikan potongan zakat telah mula dilaksanakan oleh majikan. Semakan boleh dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh peserta menyerahkan makluman potongan zakat kepada majikan. Sebarang isu berkaitan potongan hendaklah dirujuk terus kepada pihak majikan atau ZAPAR.
|
|
21. |
Siapa yang boleh saya hubungi jika ada pertanyaan? |
a) Talian rasmi: 011-6748 9000/019-229 4780 b) E-mel rasmi:
|