Skip to main content

Cabaran Kreatif: Pertandingan Video Cerita Kecil “Teduh Rezeki Challenge”

🎥Cabaran Kreatif: Pertandingan Video Cerita Kecil “Teduh Rezeki Challenge” Rezeki untuk dihidupkan, bukan disimpan.

Luahkan kreativiti anda melalui video pendek yang menyentuh hati. Kisah kecil dengan mesej besar tentang makna rezeki dan kebaikan zakat.

Zakat bukan tentang kehilangan, tetapi tentang menghidupkan rezeki dengan memberi kehidupan baharu kepada penerima. Ceritakan kisah kecil yang lahir daripada erti perkongsian, dua dunia berbeza, dan perubahan makna rezeki.

Ikuti langkah mudah, kongsikan penyertaan anda dan ajak rakan-rakan untuk turut serta.

✨ Setiap cerita kecil mampu memberi inspirasi besar!

Tempoh Kempen

Cabaran Kreatif akan berlangsung pada 01 November 2025 hingga 14 Disember 2025, bermula pada jam 12.00 tengah malam (00:00 MYT) dan berakhir pada jam 11.59 malam (23:59 MYT).

Sebarang penyertaan yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan diambil kira bagi cabaran ini.

Kelayakan

  1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Bagi peserta di bawah umur, penyertaan hendaklah disertakan dengan kebenaran ibu bapa/penjaga atau pihak sekolah.
  2. Penyertaan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Semua ahli kumpulan mestilah berada dalam kategori kelayakan yang sama.
  3. Setiap peserta atau kumpulan layak menghantar lebih daripada satu penyertaan sepanjang tempoh cabaran.
  4. Video mestilah idea asal dan belum pernah diterbitkan, disiarkan atau dipertandingkan.
  5. Setiap jalan cerita, watak dan situasi yang dipaparkan adalah rekaan atau adaptasi umum bagi tujuan penceritaan semata-mata.

Cara Penyertaan

A. Hasilkan video berdurasi antara 30 saat hingga 2 minit dalam format potret (9:16) berdasarkan tema rasmi cabaran, “Rezeki Untuk Dihidupkan, Bukan Disimpan.”

B. 🎥Video boleh mengetengahkan kisah kehidupan seperti:

  1. kemiskinan dan perjuangan hidup,
  2. semangat berkongsi rezeki dan kekayaan,
  3. perubahan hidup daripada susah kepada senang, atau
  4. usaha membantu mereka yang memerlukan.

     🎬 Gaya Persembahan Terbuka!

    Drama pendek, monolog, dokumentari mini atau video kreatif gaya TikTok.  Peserta bebas berkarya, janji mesej sampai!

C. Muat naik video ke akaun Facebook masing-masing atau melalui akaun ibu/bapa/sekolah (bagi peserta bawah umur) dan hantarkan satu salinan video dan pautan video yang telah dimuat naik ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum 14 Disember 2025 beserta maklumat peribadi berikut: 

  1. Nama Peserta: (Individu/ Kumpulan)
  2. No. Telefon (yang boleh dihubungi):
  3. Nama & Alamat Sekolah/ IPT:

    Bagi peserta bawah umur yang menggunakan akaun media sosial ibu bapa, penjaga atau pihak sekolah, maklumat penyertaan hendaklah disertakan bersama nama dan nombor telefon individu bertanggungjawab bagi tujuan pengesahan.

    D.Tag akaun rasmi @ZakatPerakAlRidzuan dan sertakan hashtag rasmi berikut: #videozakat #ceritakecil #TeduhRezeki #ZakatPerakAlRidzuan

    Hadiah

    Hadiah yang disediakan bagi kempen ini berbentuk wang tunai dengan nilai seperti berikut:

     

    Tempat

    Peringkat

    Pengajian Tinggi

    Sekolah

    Tempat Pertama

    RM1,000.00 x 1 orang

    RM800.00 x 1 orang

    Tempat Kedua

    RM800.00 x 1 orang

    RM600.00 x 1 orang

    Tempat Ketiga

    RM500.00 x 1 orang

    RM400.00 x 1 orang

    Tempat Keempat

    RM250.00 x 1 orang

    RM200.00 x 1 orang

    Tempat Kelima – Kesepuluh

    RM100.00 x 5 orang

    RM100.00 x 5 orang

    Sohor Kini / Viral

    RM500.00 x 1 orang

     

    Terma & Syarat

    1. Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang menyertai cabaran kreatif yang dianjurkan melalui platform akauan media sosial rasmi Facebook ZAPAR.
    2. Penyertaan mudah boleh dilakukan melalui saluran media sosial rasmi ZAPAR.
    3. KLIK DISINI untuk melihat terma dan syarat penuh Cabaran Kreatif # Rezeki untuk dihidupkan, bukan disimpan!
    4. Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh ZAPAR.

    Soalan Lazim

    1.

    Apa itu Cabaran Kreatif “Teduh Rezeki Challenge”?

    Cabaran ini ialah pertandingan video pendek anjuran Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) yang menggalakkan pelajar menzahirkan kreativiti melalui kisah kecil dengan mesej besar tentang makna rezeki dan kebaikan zakat.

     

    2.

    Siapa yang layak menyertai cabaran ini?

    Cabaran terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia.

    Bagi peserta bawah umur, penyertaan mestilah mendapat kebenaran ibu bapa, penjaga atau pihak sekolah.

     

    3.

    Bolehkan saya menyertai secara berkumpulan?

    Ya. Penyertaan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Semua ahli kumpulan hendaklah berada dalam kategori kelayakan yang sama.

     

    4.

    Apakah tempoh cabaran ini?

    Cabaran bermula pada 1 November 2025 (00:00 MYT) dan berakhir pada 14 Disember 2025 (23:59 MYT).
    Penyertaan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

     

    5.

    Apakah tema dan format video yang perlu dihasilkan?

    Tema rasmi:

    “Rezeki Untuk Dihidupkan, Bukan Disimpan.”
    Video hendaklah berdurasi 30 saat hingga 2 minit dalam format potret (9:16) sesuai untuk paparan media sosial.

     

    6.

    Di mana video perlu dimuat naik?

    Video hendaklah dimuat naik ke akaun Facebook rasmi milik peserta.

    Bagi peserta bawah umur, video boleh dimuat naik melalui akaun ibu bapa, penjaga atau pihak sekolah dengan kebenaran mereka.

    7.

    Adakah saya perlu menghantar salinan video melalui e-mel?

    Ya. Peserta wajib menghantar satu (1) salinan penuh video serta pautan video yang dimuat naik ke emel rasmi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. berserta maklumat berikut:

    • Nama peserta (Individu/Kumpulan)
    • Nombor telefon yang boleh dihubungi
    • Nama dan alamat sekolah/IPT

     

    Bagi peserta bawah umur, maklumat individu bertanggungjawab juga perlu disertakan.

     

    8.

    Adakah peserta perlu menggunakan hashtag atau tag tertentu?

    Ya. Peserta mesti menandakan (tag) akaun rasmi @ZakatPerakAlRidzuan serta menggunakan hashtag berikut dalam hantaran media sosial:


    #videozakat #ceritakecil #TeduhRezeki #ZakatPerakAlRidzuan

     

    9.

    Adakah terdapat sebarang bayaran atau yuran penyertaan?

    Tiada. Penyertaan adalah percuma.


    Segala kos rakaman, penyuntingan dan penghantaran video adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.

     

    10.

    Apakah gaya persembahan video yang diterima?

    Peserta bebas menghasilkan video dalam  apa brntuk gaya seperti:

    ·         Drama pendek

    ·         Monolog

    ·         Dokumentari mini

    ·         Video kreatif gaya TikTok

    Asalkan mesej zakat disampaikan secara positif dan menyentuh hati.

     

    11.

    Apa elemen utama yang boleh dijadikan inspirasi video?

    Antara idea tema termasuklah:

    ·         Kisah perjuangan hidup dan kemiskinan

    ·         Semangat berkongsi rezeki

    ·         Perubahan hidup daripada susah kepada senang

    ·         Usaha membantu mereka yang memerlukan

     

    12.

    Adakah peserta boleh hantar lebih daripada satu video?

    Ya, peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan sepanjang tempoh cabaran.

     

    13.

    Apakah bentuk hadiah yang disediakan?

    Hadiah terdiri daripada wang tunai dan sijil penghargaan/penyertaan seperti yang dinyatakan. Kategori Sekolah & IPT disediakan termasuk anugerah khas “Sohor Kini/Viral”.

     

    14.

    Bagaimana pemenang akan dipilih?

    Panel juri ZAPAR akan menilai berdasarkan:

    • Keaslian idea dan jalan cerita
    • Keberkesanan mesej zakat
    • Kualiti video & kreativiti suntingan
    • Daya emosi & impak inspirasi

     

    15.

    Bagaimana saya tahu jika saya menang?

    Pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon, mesej WhatsApp, SMS, e-mel, laman sesawang rasmi, media sosial, atau mana-mana saluran komunikasi lain yang ditetapkan oleh ZAPAR. ZAPAR juga boleh meminta dokumen pengenalan untuk pengesahan sebelum hadiah diserahkan.

     

    16.

    Siapa yang boleh dihubungi jika ada pertanyaan?

    Untuk maklumat lanjut, hubungi:

    Telefon: 011-6748 9000 / 019-229 4780

    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Laman rasmi: www.zapar.com.my