ZIARAH MAHABBAH ZAPAR, MAIPk DAN PSB
SANTUNI KOMUNITI ORANG ASLI
KAMPUNG KLEWANG, ROYAL BELUM, GERIK
SANTUNI KOMUNITI ORANG ASLI
KAMPUNG KLEWANG, ROYAL BELUM, GERIK
ZIARAH MAHABBAH ZAPAR, MAIPk DAN PSB SANTUNI KOMUNITI ORANG ASLI KAMPUNG KLEWANG, ROYAL BELUM, GERIK
GERIK, 13-14 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Islam Negeri Perak (PSB) dan Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) telah menganjurkan Sesi Ziarah Mahabbah ke Kampung Orang Asli Klewang, Royal Belum.
Program ini bertujuan mendekati masyarakat dengan penuh kasih sayang dan keprihatinan, di samping mengeratkan hubungan antara MAIPk dan komuniti setempat.
Sepanjang program, pelbagai pengisian telah diadakan termasuk penyerahan sumbangan kepada penduduk, acara sukaneka serta majlis jamuan makan mesra yang memberi peluang kepada delegasi beramah mesra bersama komuniti dalam suasana santai dan penuh kemesraan.
Kehadiran delegasi bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi membawa mesej bahawa kebajikan masyarakat perlu terus disantuni dengan empati dan keikhlasan.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh turut mengambil kesempatan menyantuni Mubaligh Islam MAIPk yang bertugas di lapangan sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen mereka membimbing masyarakat Orang Asli.
Hampir 3 jam menyusuri Tasik Banding sambil menikmati keindahan alam semula jadi Royal Belum bagi menyantuni komuniti Orang Asli di Kampung Klewang.
Menerusi program ini, Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) bersama MAIPk dan PSB berpeluang beramah mesra, mengeratkan silaturahim serta menyampaikan sumbangan kepada komuniti setempat. Kerana setiap perjalanan mempunyai tujuan, setiap pertemuan membawa makna dan setiap sumbangan menjadi penghubung kasih sesama insan.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPk bersama kumpulan syarikatnya dalam memperkukuh jaringan kemasyarakatan serta memastikan kebajikan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat Orang Asli terus diberi perhatian.
Semoga jalinan mahabbah yang terbina ini menyuburkan semangat saling menghormati, mengambil berat dan membantu antara satu sama lain demi kesejahteraan bersama.
