Skip to main content

TAKLIMAT DAN LATIHAN EJEN PUNGUTAN ZAPAR 2026 (FASA 1)

Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) telah menganjurkan Taklimat dan Latihan Ejen Pungutan Tahun 2026 bagi memastikan pelaksanaan kutipan zakat dijalankan secara lebih sistematik, telus dan mematuhi tatacara kewangan yang ditetapkan.

Program ini memberi pendedahan kepada ejen berkaitan prosedur pelantikan, penggunaan portal rasmi, kaedah pungutan menggunakan buku resit, pengurusan serta serahan wang pungutan melalui mekanisme yang ditetapkan termasuk sistem Virtual Account (VA).

Seramai 38 ejen pungutan telah menghadiri program ini yang melibatkan penyertaan dari seluruh daerah di negeri Perak, sekali gus memperkukuhkan penyelarasan pelaksanaan kutipan zakat di peringkat negeri.

Turut diberi penekanan ialah aspek pematuhan tempoh serahan, keselamatan pengurusan wang serta penyelarasan proses kerja bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan tugas.

Program diakhiri dengan sesi penyerahan Buku Resit Pungutan kepada ejen yang hadir sebagai persediaan rasmi bagi pelaksanaan kutipan zakat Tahun 2026.

ZAPAR komited memperkukuh tadbir urus kutipan zakat demi memastikan amanah kepada asnaf terus terpelihara.