Skip to main content

PENYERAHAN ZAKAT KETIGA DALAM BULAN RAMADAN 1447H DI ISTANA ISKANDARIAH, KUALA KANGSAR

SIARAN MEDIA
ZAKAT PERAK AL RIDZUAN MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DAN BERBUKA PUASA BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK

KUALA KANGSAR, 12 Mac 2026 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM5,673,589.57 sempena majlis berbuka puasa di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak. Penyerahan zakat terdiri daripada lapan syarikat korporat dan tiga individu kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR).

Penyerahan zakat didahului dengan zakat pendapatan oleh Dr. Ahmad Latiffi bin Muhammad Sidek berjumlah RM120,000.00. Ia disusuli oleh Tuan Azim bin Radin Mustapha Amiruddin berjumlah RM100,000.00.

Seterusnya penyerahan zakat perniagaan daripada Azzizudin Sdn Bhd diwakili oleh Setiausaha Syarikat, Puan Norzita binti Rabaai berjumlah RM496,103.57. Ia diikuti penyerahan zakat perniagaan Bank Islam Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusi Ybhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ismail bin Haji Bakar berjumlah RM751,000.00.

Majlis disusuli dengan zakat perniagaan daripada KPJ Healthcare Berhad juga diwakili oleh Ybhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare Berhad berjumlah RM1,386,000.00. Selain itu, BBV Engineering (M) Sdn Bhd, diwakili oleh Pengarah Urusan, Tuan Ahmad Shafuan bin Arifin berjumlah RM200,000.00.

Selanjutnya, Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ybhg. Dato’ Haji Mubarak Ali bin Gulam Rasul berjumlah RM1,138,486.00. Penyerahan zakat yang ke lapan daripada Pakeeza Restaurant & Catering diwakili oleh Pemilik Syarikat, Tuan Rizal Ali bin Naizali berjumlah RM150,000.00.

Penyerahan zakat pendapatan diteruskan oleh Dr. Nurul Haizam binti Yahaya berjumlah RM310,000.00. Kemudian disusuli dengan zakat perniagaan daripada Puncak Emas Infra Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mesnor bin Bujang berjumlah RM850,000.00. Penyerahan zakat perniagaan diakhiri oleh Zaman Motors Sdn Bhd daripada Pengarah, Ybhg. Dato’ Haji Khadri bin Khalid berjumlah RM172,000.00.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkenan menyerahkan zakat kepada Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar Bin Zaini.

Zakat bukan sekadar tuntutan syariat, malah menjadi lambang keprihatinan dan kasih sayang sesama insan dalam memelihara kesejahteraan ummah. Pengurusan zakat yang teratur dan beramanah akan memperkasa institusi zakat khususnya ZAPAR. Setiap sumbangan akan disalurkan dengan sebaik-baiknya serta mengangkat martabat asnaf dan memakmurkan negeri Perak Darul Ridzuan.