Skip to main content

Majlis Penyerah Zakat Perniagaan

Istana Changkat

SIARAN MEDIA
ZAKAT PERAK AL RIDZUAN MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI SULTAN PERAK

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2025 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM14,294,877.22 daripada tujuh syarikat korporat kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) di Istana Perak, Changkat Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyerahan zakat perniagaan pada majlis ini didahului Etiqa General Takaful Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Khairoel Faiezy Bin Hasnan berjumlah RM1,800,000.00. Ia disusuli FGV Holdings Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Tuan Fakhrunniam Bin Othman berjumlah RM418,065.00.

Seterusnya, diikuti Lembaga Tabung Haji yang diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Haji Mustakim Bin Mohamad dengan jumlah sebanyak RM6,773,121.81. Kemudian diikuti, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), yang disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) NAFAS, Tuan Saripol Baharin bin Karim berjumlah RM903,690.41.

Selain itu, Pintas Utama Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutif, Yang Amat Berbahagia Tan Sri Ir. Zainudin Karjan berjumlah RM500,00.00. Selanjutnya, Plus Malaysia Berhad yang di wakili oleh Ketua Pegawai Komersial, Tuan Mohd Fauzi Bin Puniran dengan jumlah RM2,900,000.00.

Penyerahan zakat terakhir oleh Takaful Malaysia yang diwakili, Pengerusi Badan Penasihat Syariah, Dr. Nik Abdul Rahim Bin Nik Abdul Ghani berjumlah RM1,000,000.00.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkenan menyerahkan zakat perniagaan kepada Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar Bin Zaini.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak turut berkenan mengurniakan Warkah Penghargaan atas Penyerahan Aset Wakaf Hotel Seri Warisan Taiping kepada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Warkah penghargaan telah diterima oleh Tuan Hairolanuar Bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah:

I. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,

II. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, YABhg. Jen. Dato' Seri Diraja, Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi Bin Haji Zainuddin,

III. Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja , YABhg Dato' Dr. Syed Jaafar Bin Syed Aznan,

IV. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shah Bandar Muda, YBhg. Dato’ Seri Mohamad Othman Bin Zainal Azim,

V. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk , Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh

VI. Pengurus Besar ZAPAR, Tuan Ahmad Nazim Bin Md.Tajuri.

Zakat memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial umat Islam. Sehubungan itu, penyerahan zakat oleh syarikat korporat amat memberi manfaat yang besar kepada golongan asnaf di negeri Perak.