Skip to main content

KURSUS PROFESIONAL EJEN
PUNGUTAN

IPOH, 30 Jun 2026 – Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) telah menganjurkan Kursus Profesional Ejen Pungutan bagi memperkukuh kompetensi, profesionalisme dan integriti ejen pungutan zakat.

Kursus ini memberi penekanan kepada Kod Etika Ejen Pungutan, prosedur pengurusan kewangan kutipan zakat serta pematuhan terhadap dasar dan tatacara yang ditetapkan, di samping perkongsian amalan terbaik dalam penyampaian perkhidmatan kepada pembayar zakat.

Program turut diserikan dengan ceramah integriti oleh pegawai SPRM serta pengisian kerohanian dan sahsiah oleh YBhg. Dato' Haji As'ad bin Awang yang menekankan aspek amanah, integriti dan akhlak dalam pelaksanaan tugas sebagai ejen pungutan.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan ZAPAR dalam melahirkan ejen pungutan yang berilmu, berintegriti dan profesional bagi memperkukuh pengurusan kutipan zakat di Negeri Perak.