Skip to main content

BAYAR ZAKAT ONLINE

Bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan berzakat, Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) menyediakan kemudahan pembayaran zakat secara atas talian melalui portal eZakat. Perkhidmatan ini membolehkan pembayaran dibuat dengan mudah, cepat dan selamat pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke kaunter. Pelbagai jenis zakat seperti Zakat Pendapatan, Zakat Simpanan, Zakat Perniagaan, Zakat KWSP, Zakat Pelaburan, Zakat Emas dan lain-lain boleh dibayar melalui platform ini.
Panduan yang disediakan di bawah bertujuan membantu para pengguna memahami langkah-langkah pembayaran zakat secara dalam talian dengan mudah dan tepat. Diharapkan kemudahan ini dapat memudahkan urusan penunaian kewajipan zakat serta meningkatkan pengalaman pengguna dalam mengakses perkhidmatan zakat secara digital.
Sila ikuti langkah-langkah yang berikut untuk membuat pembayaran zakat secara dalam talian.
Langkah-Langkah Pembayaran:
Langkah 1: Akses Portal
👉 Portal eZakat ZAPAR
  • Layari Portal eZakat ZAPAR.
Langkah 2: Lengkapkan Maklumat Pembayar
  • Masukkan nama penuh pembayar.
  • Pilih jenis dokumen pengenalan.
  • Masukkan nombor kad pengenalan atau pasport.
  • Isikan alamat e-mel, nombor telefon dan alamat surat-menyurat.
Langkah 3: Pilih Kaedah Pembayaran
  • Pilih kaedah pembayaran yang disediakan.
  • Pilih bank pembayar melalui kemudahan FPX.
Langkah 4: Lengkapkan Maklumat Zakat
  • Pilih jenis zakat yang hendak dibayar.
  • Masukkan tahun taksiran atau tempoh yang berkaitan.
  • Isikan jumlah bayaran zakat yang ingin dibuat.
Langkah 5: Semak dan Sahkan
  • Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat.
  • Baca dan setuju dengan terma dan syarat pembayaran.
  • Klik butang "Bayar Sekarang" untuk meneruskan transaksi.
    Langkah 6: Lengkapkan Transaksi
    • Anda akan dibawa ke laman perbankan internet yang dipilih.
    • Lengkapkan proses pembayaran mengikut arahan bank.
    • Simpan atau cetak resit pembayaran sebagai rujukan.