Jawatan Kosong di Zakat Perak Al Ridzuan
Zakat Perak Al Ridzuan membuka peluang kerjaya kepada individu yang berkelayakan, berdedikasi dan bersemangat untuk berbakti kepada ummah.
25 November 2026
Poster Rasmi Jawatan Kosong
Enam kekosongan jawatan kontrak Zakat Perak Al Ridzuan.
Majikan & Potongan Gaji
Eksekutif Kanan Pemasaran dan Operasi Kutipan
Merancang dan menerajui strategi hubungan strategik serta pengembangan kutipan zakat dan wakaf tunai melalui pengurusan akaun majikan bagi memperluas penyertaan dalam skim potongan gaji.
Eksekutif Pemasaran dan Operasi Kutipan (Zakat)
Melaksanakan aktiviti pemasaran dan pengembangan kutipan zakat melalui skim potongan gaji, mendapatkan penyertaan majikan baharu serta memperkukuh hubungan strategik dengan agensi kerajaan, GLC, koperasi dan sektor swasta.
Eksekutif Pemasaran dan Operasi Kutipan (Wakaf Tunai)
Melaksanakan aktiviti pemasaran dan pengembangan kutipan wakaf tunai melalui skim potongan gaji, menggalakkan penyertaan pewakaf baharu serta memperkukuh hubungan strategik dengan pelbagai organisasi.
Korporat & Individu Strategik
Eksekutif Kanan Pemasaran dan Operasi Kutipan
Menerajui strategi pengurusan pelanggan bernilai tinggi melalui pendekatan Key Account Management bagi meningkatkan pengekalan pembayar, membangunkan portfolio pelanggan strategik serta memperkukuh kutipan zakat dan wakaf tunai.
Eksekutif Pemasaran dan Operasi Kutipan (Zakat)
Melaksanakan aktiviti pemasaran, pembangunan prospek dan pengurusan hubungan pembayar individu strategik bagi mendapatkan pembayar baharu, meningkatkan kutipan serta mengekalkan hubungan dengan pembayar sedia ada.
Eksekutif Pemasaran dan Operasi Kutipan (Wakaf)
Melaksanakan strategi pemasaran dan pembangunan prospek wakaf tunai dalam kalangan syarikat, institusi, organisasi serta individu strategik bagi memperluas jaringan kerjasama dan meningkatkan kutipan wakaf tunai.
Bina Kerjaya Bersama ZAPAR
Sertai kami dalam misi memperkasa pengurusan kutipan zakat dan wakaf tunai demi pembangunan ummah. Jangan lepaskan peluang untuk membina masa depan bersama Zakat Perak Al Ridzuan.
