12 AGENSI KORPORAT MENUNAIKAN
ZAKAT DI NEGERI PERAK
KUMPULAN BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD
BANK RAKYAT
BANK SIMPANAN NASIONAL
FELCRA BERHAD
HIDRO 2
INSPIRAPHARMA
FGV
METROPOLITAN
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN
PLUS
SUNLIFE
TAKAFUL MALAYSIA KELUARGA
Tuanku menyerahkan zakat kepada Ahli Lembaga Pengarah ZAPAR Tuan Syamsul Hazeman
![]()
ZAKAT PERAK AL RIDZUAN
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT
BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK
DI ISTANA PERAK, CHANGKAT PERSEKUTUAN, BUKIT PERSEKUTUAN,
KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 10 November 2026 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM15,685,085.18 yang terdiri daripada 12 agensi korporat kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur.
Penyerahan zakat didahului oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad YBhg. Dato’ Muzaffar Bin Hisham berjumlah RM638,743.00. Ia disusuli, Bank Rakyat diwakili oleh Ketua Pegawai Strategi Dan Kelestarian, Tuan Mohamad Taufik Mahamad Zakaria berjumlah RM1,438,579.00.
Seterusnya, zakat perniagaan daripada Bank Simpanan Nasional yang diwakili oleh Pengerusi, YBhg. Dato’ Sri (Dr.) Zukri Samat berjumlah RM200,000.00. Selain itu, Felcra Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif , YBhg. Dato’ Mohamed Ismi Bin Abdul Majid menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,433,323.45.
Selain itu, Hidro 2 Perak Sdn Bhd turut menyerahkan zakat perniagaan yang di wakili oleh Pengarah, YBhg. Datuk Redza Rafiq Bin Abdul Razak berjumlah RM122,290.35. Selanjutnya, penyerahan zakat perniagaan Inspirapharma Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Urusan, YBhg. Dato’ Zulkifli Jafar berjumlah RM780,000.00.
Kemudian, diikuti Kumpulan FGV yang diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Puan Nurul Muhaniza Binti Hanafi berjumlah RM655,907.00. Begitu juga dengan Metropolitan Utilities Corporation menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM324,798.00 yang diwakili oleh Pengurus Besar Operasi, Tuan Mohd Khairiri Bin Mohamed Zubir.
Penyerahan zakat perniagaan yang seterusnya daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Mohd Azhar Bin Mohd Yusof mewakili Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak berjumlah RM5,981,444.38. Tidak ketinggalan, Plus Malaysia Berhad menghantar wakil iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Teras Teknologi Sdn Bhd iaitu Tuan Anwar Bin Ishak berjumlah RM2,900,000.00.
Dalam pada itu, Sun Life Malaysia Takaful Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Noor Azam Bin Mod Yusof menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000.00. Penyerahan zakat perniagaan yang terakhir daripada Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad Dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,110,00.00 yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Nor Azman Bin Zainal.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkenan menyerahkan zakat kepada Yang Berusaha, Ahli Lembaga Zakat Perak Al Ridzuan, Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh.
Hadir sama pada majlis berkenaan adalah:
- YABhg. Jen. Dato’ Seri Diraja, Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi Bin Haji Zainuddin, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja.
- YABhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato’ Seri Mohamad Othman Bin Zainal Azim.
- YBrs. Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh Ahli Lembaga Pengarah Zakat Perak Al Ridzuan.
- YBrs. Tuan Ahmad Nazim Bin Md. Tajuri Pengurus Besar Zakat Perak Al Ridzuan.
Penyerahan zakat perniagaan ini mencerminkan iltizam dan komitmen berterusan sektor korporat dalam menyempurnakan kewajipan berzakat, di samping memperkukuh peranan zakat sebagai wahana pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan ummah. Sumbangan ini diharap dapat memberikan manfaat yang berpanjangan kepada golongan asnaf, khususnya dalam meringankan beban kehidupan serta memperluas peluang meningkatkan taraf hidup. Semoga usaha murni ini terus menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan berzakat dalam kalangan warga korporat, sekali gus menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negeri Perak Darul Ridzuan.

