Skip to main content

KEMPEN JOM POTONG GAJI

Banner Kempen Jom Berwakaf Online ZAPAR 2026

JOM POTONG GAJI

Tutup Tahun 2026 dengan Langkah Bijak!

Nikmati keberkatan berpanjangan melalui Potongan Gaji Zakat.

Daftar potongan zakat gaji baharu atau tambah amaun potongan sedia ada dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Setiap RM10 amaun potongan gaji bulanan baharu atau tambahan melayakkan anda menerima satu (1) tiket penyertaan secara automatik.

TEMPOH KEMPEN : 15 Oktober 2026 – 31 Disember 2026

Penyertaan di luar tempoh kempen tidak diambil kira. Sebarang pindaan tempoh akan dihebahkan melalui saluran rasmi ZAPAR.

BORANG POTONGAN GAJI

Skim Potongan Gaji ZAPAR:
https://forms.cloud.microsoft/r/JTysfbZi2C

POTONG RM10 = 1 TIKET

Terbuka kepada individu beragama Islam yang mendaftar potongan zakat pendapatan melalui gaji bulanan atau menambah amaun potongan sedia ada dalam tempoh kempen. Pendaftaran atau penambahan mestilah direkodkan dan disahkan dalam sistem ZAPAR.

Pembayar baharu: Tiket dikira berdasarkan amaun potongan gaji bulanan baharu.

Pembayar sedia ada: Tiket dikira berdasarkan amaun tambahan sahaja.

Amaun potongan sedia ada tidak diambil kira. Mengekalkan amaun tanpa penambahan tidak melayakkan peserta menerima tiket.

Potongan Zakat Tiket Penyertaan
RM10 1 tiket
RM20 2 tiket
RM30 3 tiket
RM50 5 tiket
RM100 10 tiket


Tiada had jumlah tiket, tertakluk kepada amaun yang layak. Contoh: pendaftaran baharu RM100 sebulan = 10 tiket. Penambahan daripada RM100 kepada RM300 sebulan = 20 tiket, berdasarkan tambahan RM200 sahaja.

HADIAH UNTUK CABUTAN BERTUAH

Hadiah Bilangan Pemenang
DJI Osmo Action 6
1
Steam Iron
1
Coffee Maker
1
Amazfit Bip Max
2
Telekung Siti Khadijah
4
CarryDuo Laptop Tote Bag
3
Montigo Tumbler
10
Baucar Petrol
10
Baucar / TNG eWallet
14
Baucar / TNG eWallet
14
JUMLAH KESELURUHAN 60


Hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan stok. ZAPAR berhak menggantikan hadiah dengan barangan lain yang mempunyai nilai yang sama atau setara sekiranya berlaku kekurangan stok atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.

CARA PENYERTAAN

01

ISI BORANG POTONGAN GAJI

Lengkapkan permohonan potongan zakat gaji baharu atau penambahan potongan sedia ada.

02

HANTAR BORANG

Hantar borang yang lengkap kepada ZAPAR untuk tindakan selanjutnya dan pastikan pendaftaran direkodkan dalam sistem ePZB dalam tempoh kempen.

03

DAPATKAN TIKET

Setiap potongan RM10 = 1 tiket.

04

TUNGGU CABUTAN

Cabutan bertuah akan dilaksanakan secara rawak selepas tamat Tempoh Kempen berdasarkan jumlah tiket penyertaan.

05

BERPELUANG MENANG

60 pemenang akan dipilih daripada tiket penyertaan yang layak.

KEMPEN JOM POTONG GAJI

Soalan Lazim (FAQ)

Jawapan kepada persoalan lazim berkaitan penyertaan Kempen Jom Potong Gaji ZAPAR.

Bil. Soalan Jawapan
1 Apakah Kempen Jom Potong Gaji? Kempen ZAPAR sempena Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Perak untuk menggalakkan pendaftaran potongan zakat gaji baharu dan penambahan potongan sedia ada, dengan peluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
2 Bilakah tempoh kempen? 15 Oktober hingga 31 Disember 2026, termasuk kedua-dua tarikh tersebut.
3 Siapakah yang layak menyertai? Individu beragama Islam yang mendaftar potongan zakat gaji baharu atau menambah amaun potongan sedia ada dalam tempoh kempen, tertakluk kepada pengesahan rekod dalam sistem ZAPAR.
4 Bagaimanakah cara menyertai? Lengkapkan permohonan potongan baharu atau penambahan potongan dan hantar kepada ZAPAR. Pendaftaran perlu direkodkan dalam tempoh kempen. Tiket dijana secara automatik berdasarkan amaun yang layak dan disahkan.
5 Bolehkah saya menggunakan borang fizikal atau manual? Ya. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada ZAPAR untuk tindakan selanjutnya.
6 Adakah borang penyertaan kempen berasingan diperlukan? Tidak. Permohonan potongan gaji perlu dilengkapkan, tetapi tiada borang penyertaan kempen berasingan diperlukan.
7 Bagaimanakah tiket pembayar baharu dikira? Setiap RM10 amaun potongan gaji bulanan baharu yang didaftarkan melayakkan peserta menerima 1 tiket. Contoh: potongan baharu RM100 sebulan = 10 tiket.
8 Bagaimanakah tiket pembayar sedia ada dikira? Tiket dikira berdasarkan amaun tambahan sahaja. Contoh: potongan dinaikkan daripada RM100 kepada RM300 sebulan; tambahan RM200 melayakkan peserta menerima 20 tiket.
9 Jika saya mengekalkan amaun potongan sedia ada, adakah saya menerima tiket? Tidak. Peserta sedia ada perlu menambah amaun potongan dalam tempoh kempen untuk menerima tiket.
10 Adakah tiket dikira berdasarkan jumlah potongan terkumpul setiap bulan? Tiket dikira berdasarkan amaun potongan gaji bulanan baharu atau tambahan yang direkodkan dan disahkan, bukan jumlah bayaran terkumpul sepanjang kempen.
11 Adakah terdapat had jumlah tiket? Tiada had jumlah tiket bagi setiap peserta, tertakluk kepada amaun potongan baharu atau tambahan yang layak.
12 Jika potongan bermula selepas kempen tamat, adakah saya layak? Ya, sekiranya pendaftaran dalam sistem ePZB dibuat dalam tempoh kempen, walaupun potongan bermula selepas kempen tamat, tertakluk kepada syarat dan pengesahan ZAPAR.
13 Apakah hadiah yang ditawarkan? Sebanyak 60 hadiah bernilai keseluruhan RM10,000 ditawarkan. Senarai hadiah dan bilangan pemenang dinyatakan dalam bahagian Hadiah.
14 Bagaimanakah pemenang dipilih? Melalui cabutan bertuah secara rawak selepas kempen tamat. Setiap tiket yang layak berpeluang dipilih, tertakluk kepada pengesahan ZAPAR.
15 Bolehkah saya memenangi lebih daripada satu hadiah? Tidak. Setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah. ZAPAR berhak membuat cabutan semula jika peserta atau tiket yang sama dipilih lagi.
16 Bilakah keputusan diumumkan dan bagaimana pemenang dihubungi? Tarikh, kaedah dan saluran pengumuman akan dimaklumkan melalui saluran rasmi ZAPAR. Pemenang akan dihubungi menggunakan maklumat dalam sistem ZAPAR.
17 Apakah yang berlaku jika pemenang gagal dihubungi? ZAPAR berhak membatalkan kelayakan dan membuat cabutan semula jika pemenang gagal dihubungi atau tidak memberikan maklumat diperlukan dalam tempoh ditetapkan.
18 Bolehkah hadiah ditukar kepada wang tunai atau dipindah milik? Tidak. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dipindah milik. ZAPAR boleh menggantikan hadiah dengan barangan bernilai sama atau setara jika perlu.
19 Siapakah yang boleh dihubungi untuk pertanyaan? Telefon: 05-255 8755
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat: No. 11, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

BULAN ZAKAT DAN WAKAF NEGERI PERAK

Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR)