Skim Potongan Zakat Bulanan

Borang Pendaftaran Potongan Zakat Bulanan
💼 Potongan Zakat Bulanan Kini Lebih Mudah!
Ingin menunaikan zakat pendapatan secara bulanan? Kini anda boleh berbuat demikian dengan lebih mudah melalui Borang Potongan Zakat Bulanan (PZB) secara dalam talian.
📱 Imbas Kod QR sekarang !
📝 IKUTI LANGKAH BERIKUT :
1. Imbas Kod QR
Gunakan kamera telefon pintar anda atau aplikasi pengimbas QR untuk mengakses Borang PZB.
2. Lengkapkan Maklumat Diri
Isikan maklumat peribadi dan maklumat majikan dengan tepat.
3. Pilih Kadar Potongan
Tentukan jumlah potongan zakat yang ingin ditolak secara bulanan dari pendapatan anda.
4.Hantar Borang
Klik submit untuk menghantar borang secara automatik kepada pihak Zakat Perak Al Ridzuan
✅ SELEPAS ISI BORANG, APA YANG ANDA DAPAT?
1.Pastikan Anda Terima Emel Pengesahan
Anda akan menerima pengesahan melalui emel yang anda daftarkan.
2.Surat Notis Potongan Gaji
Majikan akan menerima surat notis potongan gaji dan anda akan menerima salinan surat notis potongan gaji daripada pihak Zakat Perak Al Ridzuan.
3.Semak Penyata Gaji Bulanan
Periksa penyata gaji anda bagi memastikan potongan zakat telah mula dibuat. Semakan boleh dibuat pada bulan ketiga dari tarikh permohonan
4.Kemaskini Bila-Bila Masa
Anda boleh menambah kadar potongan pada bila-bila masa melalui pautan yang disediakan dalam emel anda.
🤝 Tunaikan Zakat Anda dengan Mudah!
Setiap ringgit yang anda salurkan menjadi bekalan amal jariah yang berterusan. Mulakan potongan zakat bulanan anda hari ini – mudah, automatik & diberkati.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 019-4007000 atau 05-2558755