KEMPEN JOM BERWAKAF ONLINE
KEMPEN JOM BERWAKAF ONLINE
Sempena Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Perak
Berwakaf secara online serendah RM50 dan berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik. Setiap wakaf anda menyokong projek Wakaf Perak Al Ridzuan dan memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.
Sebanyak 63 hadiah menanti anda. Setiap RM50 sumbangan wakaf yang layak memberikan satu (1) tiket penyertaan secara automatik.
Masa tutup transaksi pada tarikh akhir tertakluk kepada ketetapan ZAPAR berdasarkan rekod sistem pembayaran.
Portal Pembayaran Wakaf
https://linktr.ee/wakafperakalridzuan
Lebih banyak anda berwakaf, lebih banyak peluang untuk anda memenangi hadiah. Setiap RM50 bayaran wakaf melayakkan anda menerima 1 tiket penyertaan. Tiada had jumlah tiket penyertaan.
| Bayaran Wakaf | Tiket Penyertaan |
|---|---|
| RM50 | 1 tiket |
| RM100 | 2 tiket |
| RM150 | 3 tiket |
| RM1,000 | 20 tiket |
| RM2,000 | 40 tiket |
Setiap tambahan RM50 memberikan satu tiket tambahan, tanpa had jumlah tiket. Pecahan kurang daripada RM50 tidak dikira sebagai tiket tambahan. Contoh: sumbangan RM120 memberikan 2 tiket; baki RM20 tidak dikira.
| Hadiah | Bilangan Pemenang |
|---|---|
Xiaomi TV A 55 inci |
1 |
Steam Iron |
1 |
Xiaomi Smart Air Purifier 4 Lite |
1 |
Telekung |
5 |
Jam Solat |
5 |
Sejadah |
5 |
Montigo Tumbler |
10 |
Bawal / Instant Shawl |
10 |
Baucar Petrol (Petronas) |
15 |
Baucar / TNG eWallet |
10 |
| JUMLAH KESELURUHAN | 63 |
Hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan stok. ZAPAR berhak
menggantikan hadiah dengan barangan lain yang mempunyai nilai yang
sama atau setara sekiranya berlaku kekurangan stok atau keadaan
yang tidak dapat dielakkan.
CARA PENYERTAAN
BUAT BAYARAN ONLINE
Buat bayaran wakaf secara online melalui Portal Pembayaran ZAPAR sepanjang Tempoh Kempen, 15 Oktober 2026 – 31 Disember 2026.
DAPATKAN TIKET
Setiap RM50 bayaran zakat = 1 tiket penyertaan.
TAMBAH PELUANG
Setiap tambahan RM50 = 1 tiket tambahan.
TUNGGU CABUTAN
Cabutan bertuah akan dilaksanakan secara rawak selepas tamat Tempoh Kempen berdasarkan jumlah tiket penyertaan.
BERPELUANG MENANG
63 pemenang akan dipilih daripada tiket penyertaan yang layak.
MUDAH. PANTAS. SELAMAT.
Tak perlu beratur. Tak perlu bawa wang tunai ke pejabat. Jom berwakaf secara online bila-bila masa dan di mana sahaja melalui linktree wakaf.
https://linktr.ee/wakafperakalridzuan
KEMPEN JOM BERWAKAF ONLINE, PAHALA BERPANJANGAN
Soalan Lazim (FAQ)
Maklumat berkaitan penyertaan, pengiraan tiket dan hadiah cabutan bertuah Kempen Jom Berwakaf Online, Pahala Berpanjangan.
01 Apakah kempen ini?
Kempen Jom Berwakaf Online, Pahala Berpanjangan ialah kempen anjuran ZAPAR sempena Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Perak yang memberi peluang kepada pewakaf online untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.
02 Bilakah tempoh kempen?
15 Oktober hingga 31 Disember 2026, termasuk kedua-dua tarikh tersebut.
03 Siapakah yang layak menyertai?
Individu yang berwakaf secara online dalam tempoh kempen, dengan transaksi berjaya dan direkodkan dalam sistem ZAPAR serta memenuhi syarat penyertaan.
04 Bagaimanakah cara menyertai?
Buat sumbangan wakaf minimum RM50 secara online dalam tempoh kempen. Penyertaan adalah automatik bagi peserta yang memenuhi syarat dan kelayakan.
05 Adakah borang penyertaan diperlukan?
Tidak. Tiket penyertaan dijana secara automatik berdasarkan rekod sumbangan wakaf yang layak dalam sistem ZAPAR.
06 Bagaimanakah tiket dikira?
Setiap RM50 sumbangan wakaf yang layak memberikan 1 tiket. Contohnya, RM100 = 2 tiket, RM500 = 10 tiket dan RM1,000 = 20 tiket.
07 Jika saya berwakaf RM120, berapa tiket diterima?
Anda menerima 2 tiket. Baki RM20 tidak dikira sebagai tiket tambahan.
08 Adakah terdapat had jumlah tiket?
Tiada had jumlah tiket bagi setiap peserta sepanjang tempoh kempen.
09 Adakah sumbangan melalui kaunter atau ejen layak?
Tidak. Kempen ini khusus untuk sumbangan wakaf secara online. Sumbangan melalui kaunter atau ejen pungutan tidak dikira.
10 Jika saya berwakaf RM200 online dan RM100 melalui ejen, berapa tiket diterima?
Anda menerima 4 tiket berdasarkan sumbangan online RM200. Sumbangan RM100 melalui ejen tidak dikira.
11 Adakah transaksi di luar tempoh kempen dikira?
Tidak. Hanya transaksi yang layak dalam tempoh kempen diambil kira berdasarkan rekod sistem ZAPAR.
12 Apakah hadiah yang ditawarkan?
Sebanyak 63 hadiah bernilai keseluruhan RM10,000 ditawarkan, termasuk Xiaomi TV, Steam Iron, penapis udara, telekung, jam solat, sejadah, tumbler, tudung dan baucar. Rujuk senarai penuh dalam bahagian Hadiah.
13 Bagaimanakah pemenang dipilih?
Melalui cabutan bertuah secara rawak selepas kempen tamat. Setiap tiket yang layak berpeluang dipilih, tertakluk kepada pengesahan ZAPAR.
14 Bolehkah saya memenangi lebih daripada satu hadiah?
Tidak. Setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah. ZAPAR berhak membuat cabutan semula jika tiket atau peserta yang sama dipilih lagi.
15 Bilakah pemenang akan diumumkan?
Tarikh, kaedah dan saluran pengumuman akan ditentukan serta dimaklumkan melalui saluran rasmi ZAPAR.
16 Bagaimanakah pemenang dihubungi?
Melalui maklumat perhubungan dalam sistem ZAPAR. Pastikan maklumat tepat dan terkini. Dokumen pengesahan identiti dan kelayakan mungkin diperlukan.
17 Apakah yang berlaku jika pemenang gagal dihubungi?
ZAPAR berhak membatalkan kelayakan dan membuat cabutan semula jika pemenang gagal dihubungi atau tidak memberikan maklumat yang diperlukan dalam tempoh ditetapkan.
18 Bolehkah hadiah ditukar kepada wang tunai?
Tidak. Hadiah juga tidak boleh dipindah milik. Jika perlu, ZAPAR boleh menggantikan hadiah dengan barangan bernilai sama atau setara.
19 Siapakah yang boleh dihubungi untuk pertanyaan?
Telefon:
05-255 8755
E-mel:
Alamat: No. 11, Jalan Panglima
Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

