KEMPEN JIMAT BAYAR CUKAI
KEMPEN JIMAT BAYAR CUKAI
Sempena Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Perak
Tunaikan zakat di kaunter ZAPAR dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Setiap RM500 bayaran zakat melayakkan anda menerima satu (1) tiket penyertaan secara automatik. Sebanyak 31 hadiah menanti pemenang.
Masa tutup transaksi pada tarikh akhir tertakluk kepada ketetapan ZAPAR berdasarkan rekod sistem pembayaran.
Terbuka kepada pembayar zakat baharu dan sedia ada yang membuat bayaran melalui kaunter ZAPAR sepanjang tempoh kempen. Transaksi mestilah berjaya dan direkodkan dalam sistem ZAPAR serta memenuhi syarat kempen.
Bayaran minimum RM500 melayakkan peserta menerima satu (1) tiket. Bayaran melalui portal, ejen pungutan atau saluran selain kaunter ZAPAR tidak dikira sebagai penyertaan.
Lebih banyak anda menunaikan zakat, lebih banyak peluang untuk anda memenangi hadiah. Setiap RM500 bayaran zakat melayakkan anda menerima 1 tiket penyertaan. Tiada had jumlah tiket penyertaan.
| Bayaran Zakat | Tiket Penyertaan |
|---|---|
| RM500 | 1 tiket |
| RM1,000 | 2 tiket |
| RM1,500 | 3 tiket |
| RM5,000 | 10 tiket |
| RM10,000 | 20 tiket |
Setiap tambahan RM500 melayakkan peserta menerima satu tiket tambahan, tanpa had jumlah tiket. Pecahan kurang daripada RM500 tidak dikira sebagai tiket tambahan. Contoh: bayaran RM550 melayakkan peserta menerima 1 tiket; baki RM50 tidak dikira.
| Hadiah | Bilangan Pemenang |
|---|---|
Motosikal EV |
1 |
Xiaomi TV A 55 inci |
1 |
Steam Iron |
1 |
Coffee Maker |
1 |
Airfryer Dual Basket |
1 |
Xiaomi Smart Air Purifier 4 Lite |
1 |
Montigo Tumbler |
5 |
Baucar Petrol |
11 |
Baucar / TNG eWallet |
9 |
| JUMLAH KESELURUHAN | 31 |
Hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan stok. ZAPAR berhak
menggantikan hadiah dengan barangan lain yang mempunyai nilai yang
sama atau setara sekiranya berlaku kekurangan stok atau keadaan
yang tidak dapat dielakkan.
CARA PENYERTAAN
HADIR KE KAUNTER
Hadir ke mana-mana kaunter ZAPAR di seluruh negeri Perak dan berikan maklumat pembayar serta maklumat perhubungan yang tepat dan terkini.
LAKUKAN BAYARAN
Selesaikan bayaran zakat minimum RM500 dalam tempoh kempen.
PENYERTAAN SECARA AUTOMATIK
Penyertaan adalah secara automatik bagi peserta yang memenuhi syarat dan kelayakan. Tiket dijana berdasarkan bayaran yang layak dalam sistem ZAPAR; tiada borang penyertaan diperlukan.
TUNGGU CABUTAN
Cabutan bertuah akan dilaksanakan secara rawak selepas tamat Tempoh Kempen berdasarkan jumlah tiket penyertaan.
BERPELUANG MENANG
31 pemenang akan dipilih daripada tiket penyertaan yang layak.
MUDAH. PANTAS. SELAMAT.
Anda boleh membuat bayaran zakat dengan mudah melalui mana-mana kaunter ZAPAR di seluruh negeri Perak, Perkhidmatan Operasi Transit atau kemudahan kaunter pandu lalu yang disediakan.
KEMPEN JIMAT BAYARAN CUKAI
Soalan Lazim (FAQ)
Maklumat berkaitan penyertaan, pengiraan tiket dan hadiah cabutan bertuah Kempen Jimat Bayaran Cukai ZAPAR.
01 Apakah Kempen Jimat Bayaran Cukai?
Kempen anjuran ZAPAR sempena Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Perak yang memberi peluang kepada pembayar zakat melalui kaunter ZAPAR untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.
02 Bilakah tempoh kempen?
15 Oktober hingga 31 Disember 2026, termasuk kedua-dua tarikh tersebut. Transaksi di luar tempoh kempen tidak dikira.
03 Siapakah yang layak menyertai?
Pembayar zakat baharu dan sedia ada yang memenuhi syarat, dengan bayaran berjaya melalui kaunter ZAPAR dan direkodkan dalam sistem sepanjang tempoh kempen.
04 Bagaimanakah cara menyertai?
Buat bayaran zakat minimum RM500 melalui kaunter ZAPAR dalam tempoh kempen. Penyertaan dan penjanaan tiket adalah automatik berdasarkan rekod transaksi yang layak.
05 Adakah saya perlu mengisi borang penyertaan?
Tidak. Tiada borang penyertaan diperlukan.
06 Bagaimanakah tiket penyertaan dikira?
Setiap RM500 bayaran yang layak memberikan 1 tiket. Contohnya, RM1,000 = 2 tiket, RM1,500 = 3 tiket dan RM5,000 = 10 tiket. Pecahan kurang daripada RM500 tidak dikira sebagai tiket tambahan.
07 Jika saya membayar RM550, berapa tiket yang saya terima?
Anda menerima 1 tiket. Baki RM50 tidak dikira sebagai tiket tambahan.
08 Adakah terdapat had tiket penyertaan?
Tiada had jumlah tiket bagi setiap peserta sepanjang tempoh kempen.
09 Adakah bayaran melalui portal atau ejen pungutan layak?
Tidak. Hanya bayaran melalui kaunter ZAPAR layak. Contohnya, jika anda membayar RM1,500 di kaunter dan RM500 melalui portal atau ejen, anda menerima 3 tiket sahaja.
10 Apakah hadiah yang ditawarkan?
Sebanyak 31 hadiah bernilai keseluruhan RM10,000 ditawarkan. Senarai hadiah dan bilangan pemenang dinyatakan dalam bahagian Hadiah.
11 Bagaimanakah pemenang dipilih?
Melalui cabutan bertuah secara rawak selepas kempen tamat. Setiap tiket yang layak berpeluang dipilih, tertakluk kepada pengesahan ZAPAR.
12 Bolehkah saya memenangi lebih daripada satu hadiah?
Tidak. Setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah. ZAPAR berhak membuat cabutan semula jika peserta atau tiket yang sama dipilih lagi.
13 Bilakah pemenang akan diumumkan?
Tarikh, kaedah dan saluran pengumuman akan ditentukan serta dimaklumkan melalui saluran rasmi ZAPAR selepas kempen tamat.
14 Bagaimanakah pemenang akan dihubungi?
Melalui maklumat perhubungan yang direkodkan dalam sistem ZAPAR. Pastikan maklumat tersebut tepat dan terkini. Dokumen pengesahan mungkin diperlukan.
15 Apakah yang berlaku jika pemenang gagal dihubungi?
ZAPAR berhak membatalkan kelayakan dan membuat cabutan semula jika pemenang gagal dihubungi atau tidak memberikan maklumat yang diperlukan dalam tempoh ditetapkan.
16 Bolehkah hadiah ditukar kepada wang tunai atau dipindah milik?
Tidak. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dipindah milik. ZAPAR boleh menggantikan hadiah dengan barangan bernilai sama atau setara jika perlu.
17 Siapakah yang boleh dihubungi untuk pertanyaan?
Telefon:
05-255 8755
E-mel:
Alamat: No. 11, Jalan Panglima
Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

