Skip to main content

JOM BAYAR ZAKAT ONLINE

Banner Kempen Jom Berwakaf Online ZAPAR 2026

Bayar Zakat Online & Peluang Memenangi Hadiah

Sempena Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Perak

Tunaikan zakat secara online melalui Portal Pembayaran ZAPAR dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Setiap RM200 bayaran zakat melayakkan anda menerima satu (1) tiket penyertaan secara automatik. Sebanyak 36 hadiah menanti pemenang.

TEMPOH KEMPEN : 15 Oktober 2026 – 31 Disember 2026

Masa tutup transaksi pada tarikh akhir tertakluk kepada ketetapan ZAPAR berdasarkan rekod sistem pembayaran.

BAYAR ZAKAT SEKARANG

Portal Pembayaran ZAPAR
ezakat.maipk.gov.my/zapar/

BAYAR RM200 = 1 TIKET

Lebih banyak anda menunaikan zakat, lebih banyak peluang untuk anda memenangi hadiah. Setiap RM200 bayaran zakat melayakkan anda menerima 1 tiket penyertaan. Tiada had jumlah tiket penyertaan.

Bayaran Zakat Tiket Penyertaan
RM200 1 tiket
RM400 2 tiket
RM600 3 tiket
RM1,000 5 tiket
RM2,000 10 tiket


Pecahan kurang daripada RM200 tidak dikira sebagai tiket tambahan. Contoh: bayaran RM550 melayakkan peserta menerima 2 tiket; baki RM150 tidak dikira.

HADIAH UNTUK CABUTAN BERTUAH

Hadiah Bilangan Pemenang
Insta360 Ace Pro 2
1
Xiaomi TV A 55 inci
1
Steam Iron
1
A800SE 4K Dashcam 4G
1
Xiaomi Smart Air Purifier 4 Lite
1
Mijia Vacuum Cleaner 4 C
1
Telekung
4
Montigo Tumbler
10
Baucar Petrol
8
Baucar / TNG eWallet
8
JUMLAH KESELURUHAN 36


Hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan stok. ZAPAR berhak menggantikan hadiah dengan barangan lain yang mempunyai nilai yang sama atau setara sekiranya berlaku kekurangan stok atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.

CARA PENYERTAAN

01

BUAT BAYARAN ONLINE

Buat bayaran zakat secara online melalui Portal Pembayaran ZAPAR sepanjang Tempoh Kempen, 15 Oktober 2026 – 31 Disember 2026.

02

DAPATKAN TIKET

Setiap RM200 bayaran zakat = 1 tiket penyertaan.

03

TAMBAH PELUANG

Setiap tambahan RM200 = 1 tiket tambahan.

04

TUNGGU CABUTAN

Cabutan bertuah akan dilaksanakan secara rawak selepas tamat Tempoh Kempen berdasarkan jumlah tiket penyertaan.

05

BERPELUANG MENANG

36 pemenang akan dipilih daripada tiket penyertaan yang layak.

MUDAH. PANTAS. SELAMAT.

Tak perlu beratur. Tak perlu bawa wang tunai ke pejabat. Tunaikan zakat anda secara online bila-bila masa dan di mana sahaja melalui Portal Pembayaran ZAPAR.

Portal Pembayaran ZAPAR
ezakat.maipk.gov.my/zapar/

KEMPEN JOM BAYAR ZAKAT ONLINE

Soalan Lazim (FAQ)

Maklumat berkaitan penyertaan, pengiraan tiket dan hadiah cabutan bertuah Kempen Jom Bayar Zakat Online.

01 Apakah Kempen Jom Bayar Zakat Online?

Kempen anjuran ZAPAR sempena Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Perak yang memberi peluang kepada pembayar zakat melalui Portal Pembayaran ZAPAR untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.

02 Bilakah tempoh kempen?

15 Oktober hingga 31 Disember 2026, termasuk kedua-dua tarikh tersebut. Transaksi di luar tempoh kempen tidak dikira.

03 Siapakah yang layak menyertai?

Pembayar zakat baharu dan sedia ada yang memenuhi syarat, dengan bayaran berjaya melalui Portal Pembayaran ZAPAR dan direkodkan dalam sistem sepanjang tempoh kempen.

04 Bagaimanakah cara menyertai?

Buat bayaran zakat minimum RM200 melalui Portal Pembayaran ZAPAR dalam tempoh kempen. Penyertaan dan penjanaan tiket adalah automatik berdasarkan rekod transaksi yang layak.

05 Adakah saya perlu mengisi borang penyertaan?

Tidak. Tiada borang penyertaan diperlukan.

06 Bagaimanakah tiket penyertaan dikira?

Setiap RM200 bayaran yang layak memberikan 1 tiket. Contohnya, RM400 = 2 tiket, RM600 = 3 tiket dan RM1,000 = 5 tiket. Pecahan kurang daripada RM200 tidak dikira sebagai tiket tambahan.

07 Jika saya membayar RM550, berapa tiket yang saya terima?

Anda menerima 2 tiket. Baki RM150 tidak dikira sebagai tiket tambahan.

08 Adakah terdapat had tiket penyertaan?

Tiada had jumlah tiket bagi setiap peserta sepanjang tempoh kempen.

09 Adakah bayaran di kaunter atau melalui ejen pungutan layak?

Tidak. Hanya bayaran melalui Portal Pembayaran ZAPAR layak. Contohnya, jika anda membayar RM1,000 melalui portal dan RM400 di kaunter atau ejen, anda menerima 5 tiket sahaja.

10 Apakah hadiah yang ditawarkan?

Sebanyak 36 hadiah bernilai keseluruhan RM10,000 ditawarkan. Senarai hadiah dan bilangan pemenang dinyatakan dalam bahagian Hadiah.

11 Bagaimanakah pemenang dipilih?

Melalui cabutan bertuah secara rawak selepas kempen tamat. Setiap tiket yang layak berpeluang dipilih, tertakluk kepada pengesahan ZAPAR.

12 Bolehkah saya memenangi lebih daripada satu hadiah?

Tidak. Setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah. ZAPAR berhak membuat cabutan semula jika peserta atau tiket yang sama dipilih lagi.

13 Bilakah pemenang akan diumumkan?

Tarikh, kaedah dan saluran pengumuman akan ditentukan serta dimaklumkan melalui saluran rasmi ZAPAR selepas kempen tamat.

14 Bagaimanakah pemenang akan dihubungi?

Melalui maklumat perhubungan yang direkodkan dalam sistem ZAPAR. Pastikan maklumat tersebut tepat dan terkini. Dokumen pengesahan mungkin diperlukan.

15 Apakah yang berlaku jika pemenang gagal dihubungi?

ZAPAR berhak membatalkan kelayakan dan membuat cabutan semula jika pemenang gagal dihubungi atau tidak memberikan maklumat yang diperlukan dalam tempoh ditetapkan.

16 Bolehkah hadiah ditukar kepada wang tunai atau dipindah milik?

Tidak. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dipindah milik. ZAPAR boleh menggantikan hadiah dengan barangan bernilai sama atau setara jika perlu.

17 Siapakah yang boleh dihubungi untuk pertanyaan?

Telefon: 05-255 8755
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat: No. 11, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

BULAN ZAKAT DAN WAKAF NEGERI PERAK

Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR)